Hyundai Elantra 2021 - bawakan rekaan fastback, dalaman minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai nampaknya sudah pun bersedia untuk memperlihatkan secara rasmi model generasi baharu sedan segmen C, Hyundai Elantra (Hyundai Avante) yang dijadualkan pada 17 Mac ini di California.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, pengeluar dari Korea Selatan itu turut menerbitkan beberapa imej teaser yang memperlihatkan rupa luaran sedan yang bakal bersaing secara terus dengan Civic, Corolla dan Mazda3.

Dari sudut pandang sisi, boleh dikatakan Hyundai kini berjaya menerapkan trend arus perdana dengan rekaan fastback, melihatkan kepada garis bumbung yang landai di bahagian belakang. 
 


Rekaan lampu utama dan lampu belakang juga lebih agresif dan tajam, dan imej radikal itu diteruskan di bahagian sisi yang menampilkan beberapa garis yang cukup berani ditampilkan oleh pereka Hyundai, terutama di bahagian pintu. 

Dalam video teaser yang ditunjukkan, sekali imbas rupa hadapan Hyundai Elantra ini banyak mengambil inspirasi daripada abangnya Sonata, terutama penampilan gril yang besar. 
 


Tidak seperti luaran yang agak garang, bahagian kabin pula didatangkan dengan susun atur yang lebih minimalis dan elegan tanpa elemen yang menyakitkan mata memandang. 

Di bahagian tengah, Hyundai telah memasang skrin infotainmen yang dilihat bersambung dengan skrin kluster digital, dan bahagian tersebut kemudian dihiasi dengan elemen merah melintangi papan pemuka. 

Jika anda perasan, bahagian konsol tengah turut menampilkan struktur seakan pemegang yang biasa didapati pada SUV, dan ia memisahkan ruang antara tempat pemandu dan juga penumpang. 

Pendekatan ini digelar oleh Hyundai sebagai 'immersive cocoon'. 
 


Hyundai masih belum mendedahkan angka dimensi rasmi bagi model generasi baharu Elantra 2021, namun kita boleh menjangkakan trenkuasa terkini Smartstream akan digunakan pada Elantra baharu ini termasuklah varian plug-in hybrid. 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Elantra generasi baharu ini mempunyai ukuran sepanjang 4,675 mm panjang, 1,825 mm lebar dan tinggi…
Berita Domestik
Sedan yang bakal memberikan saingan kepada model seperti Honda Civic, Toyota Corolla, dan Mazda3…
Berita Domestik
Hyundai Elantra 2021 dilancarkan pada Mac yang lalu dan ia bakal memberikan saingan secara terus…