Hyundai Elantra 2019 facelift - lebih radikal, lebih tajam

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, kami pernah menyiarkan gambar intipan model facelift Hyundai Elantra yang tampil dengan rekaan baharu pada bahagian hadapan dan belakang sedan segmen C tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, gambar rasmi Hyundai Elantra 2019 telah pun dilepaskan oleh Hyundai untuk tatapan warga internet sekalian alam dan mengesahkan bahawa imej tajam yang disebutkan sebelum ini sememangnya wujud pada model facelift tersebut.

 


Front fascia Hyundai Elantra kini menampilkan rekaan yang radikal untuk sebuah kereta dengan gril hadapan yang lebih tajam, serta lampu utama dan lampu kabus yang kini berbentuk segitiga. 

Rekaan lampu nyalaan siang pada lampu utama tersebut meneruskan kesinambungan garisan pada gril hadapan yang kini lebih besar, bersegi dan tampil berbeza berbanding model terdahulu. 
 


Lampu belakang juga telah menerima kemas kini rupa dengan garisan iluminasi bersegi, manakala perumah nombor pendaftaran telah diubah kedudukan kepada bahagian bumper belakang yang turut menerima rekaan serba baharu. 

Secara keseluruhannya, ia menampilkan kemas kini yang agak sporty, tajam, menarik perhatian dan radikal pada sedan yang sebelum ini menampakkan garisan badan yang lebih lembut. 
 


Beberapa kemas kini kecilan turut diterima pada Hyundai Elantra 2019 ini termasuklah ciri keselamatan amaran tahap tumpuan pemandu, amaran pelanggaran serta ciri bantuan pengekalan laluan sebagai peralatan standard untuk kesemua varian kecuali varian terendah. 

Walaubagaimanapun, kesemua varian bakal menerima sistem hiburan dengan paparan skrin sentuh lima inci dan kamera undur dengan ciri garisan dinamik sebagai ciri standard. 
 


Varian tertinggi Limited menerima sistem bunyi lapan buah speaker lengkap dengan sistem subwoofer, fungsi pengecasan telefon pintar tanpa wayar Qi, dan Safe Exit Assist, ciri yang memberikan amaran objek yang mendatang kepada pemandu sebelum membuka pintu dengan selamat. 

Hyundai Elantra 2019 masih mengekalkan enjin Nu aspirasi natural 2.0 liter (147 kuasa kuda) dan enjin turbo Kappa 1.4 liter (128 kuasa kuda) dengan penawaran transmisi manual dihadkan kepada model varian terendah sahaja, dan transmisi automatik tujuh kelajuan. 

 


Menurut Hyundai lagi, versi prestasi Hyundai Elantra Sport (201 hp) juga bakal menerima kemas kini minor pada tahun ini, dan sistem suspensi multilink berbanding torsion beam pada model Elantra yang biasa. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…