Hyundai dirikan kilang EV baharu di Korea Selatan, kapasiti pengeluaran 200k unit setahun

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai baru-baru ini telah melakukan upacara pecah tanah bagi menandakan bermulanya pembinaan kilang kenderaan elektrik baharu yang terletak di Ulsan, Korea Selatan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Kilang baharu itu terletak tidak jauh daripada kilang asal Hyundai yang dibuka pada 1968, dengan keluasan 548,000 meter persegi dan kapasiti pengeluaran sebanyak 200,000 unit setahun.
 

EV


Selain daripada itu, kilang baharu Hyundai ini akan memanfaatkan teknologi kawalan berasaskan kepintaran buatan (AI) yang dibantu sistem logistik automatik, 100 peratus sumber tenaga yang boleh diperbaharui serta sistem produksi yang fleksibel untuk keperluan pemasangan model baharu.

Hyundai menyasarkan pengeluaran EV secara besar-besaran bermula suku pertama 2026, menerusi model pertama berupa sebuah SUV elektrik jenama Genesis.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ioniq 6 diperkenal pada Julai 2022 dan kini tiba masa untuk model rupa baharu (facelift).…
Berita Global
  Pengembaraan Hyundai bersama Inster nampaknya belum tamat dan bersambung dengan model konsep…
Berita Global
  Sonata Taxi 2025 dilengkapi ciri-ciri baharu seperti Taxi Integrated Terminal dan beberapa ciri…