Hyundai dedah teaser Seven Concept - gambaran model SUV elektrik Ioniq 7

oleh Mohamad Hanif|
Keluarga EV Ioniq Hyundai bakal menerima sebuah lagi ahli baharu berdasarkan teaser Seven Concept yang didedahkan sendiri oleh Hyundai baru-baru ini, mendahului kemunculan rasmi yang dijangka berlangsung pada 17 November ini di Los Angeles Auto Show.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar acah yang dimuatnaik itu menampilkan rekaan lampu hadapan yang terdiri daripada jalur LED yang melintang, diikuti dengan gugusan LED menegak yang disyaki sebagai lampu utama - seakan Hyundai Staria.

Rekaan yang digelar sebagai Parametric Pixels ini telah pun diperlihatkan menerusi model Ioniq 5 dan juga MPV besar Staria.
 

7


Sementara ruang kabin Seven Concept pula membawakan pengalaman ruang rehat yang premium, di mana menurut Hyundai mereka menggunakan bahan-bahan yang lebih lestari bagi menjadikan EV ini lebih mesra ekosistem alam semulajadi.

Berdasarkan teaser yang diperlihatkan pada September lalu, Hyundai Seven Concept merupakan sebuah SUV bersaiz besar dan mungkin bakal menampilkan tempat duduk baris ketiga.  
 

ioniq


Terdapat beberapa laporan yang mencadangkan Seven Concept (Ioniq 7) menggunakan pelantar E-GMP yang dipanjangkan, dengan pek bateri  100 kWh yang membenarkan jarak pemanduan sejauh 483 km, dan motor elektrik berkembar berkuasa 308 hp.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi hantaran di Instagram, Kia mendedahkan teaser SUV konsep yang akan diperkenalkan secara…