Hyundai dedah teaser Kona N - pelancaran 27 April ini

oleh Mohamad Hanif|
Keluarga pantas Hyundai N yang kini terdiri daripada i20 N, i30 N dan Veloster N bakal mendapat ahli keluarga baharu menerusi pelancaran rasmi Kona N yang dijadualkan berlangsung pada 27 April ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia sekaligus menjadi crossover prestasi pertama yang ditawarkan oleh Hyundai pada ketika ini.

Serentak dengan itu, dua keping imej teaser diterbitkan oleh Hyundai yang menampakkan rekaan rim jejari V yang dibaluti tayar Pirelli P Zero, selain menampakkan angkup brek N berwarna merah, center cap N dan aksen merah hitam yang terdapat pada skirt sisi.

 


Imej kedua pula menampilkan tuil gear klac berkembar yang dihiasi dengan logo N serta jahitan kontras berwarna biru.

Divisyen N sebelum ini telah mengesahkan bahawa Hyundai Kona N akan dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder sebaris 2.0 liter yang menghasilkan 276 kuasa kuda, dan talaan kepada sistem transmisi DCT lapan kelajuan yang dikatakan menawarkan penukaran gear yang lebih pantas.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…
Berita Global
Sebut pasal Nurburgring, Hyundai baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video teaser ringkas yang…
Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Hyundai Kona N didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang…