Hyundai dedah teaser kereta sports berkuasa hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota tidak bersendirian dalam membawakan teknologi sel bahan api, memandangkan pesaingnya juga Hyundai kini turut serius terhadap alternatif kenderaan yang lebih mesra alam itu.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Berdasarkan teaser baharu yang diperlihatkan ini, Hyundai akan membawakan masa hadapan kenderaan sel bahan api hidrogen menerusi pengenalan kereta sports baharu pada acara Hydrogen Wave 7 September ini.

 


Model misteri yang ditunjukkan ini dilihat memiliki persamaan rekaan dengan model sedan Kia Stinger, seperti unit lampu utama yang langsing, garis bumbung dan rumah kaca yang lebih sporti, serta sistem brek berprestasi tinggi dengan angkup berwarna merah.
 


Hyundai juga bakal memperlihatkan sebuah trak semi berkuasa hidrogen yang membawakan rekaan yang lebih futuristik berbanding penawaran semasa.

Dalam acara Hydrogen Wave itu juga, Hyundai akan membentangkan strategi perniagaan serta peracangan yang menarik untuk teknologi mobiliti hidrogen, sistem sel bahan api generasi baharu, serta aplikasi yang melangkaui dunia automotif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sonata Taxi 2025 dilengkapi ciri-ciri baharu seperti Taxi Integrated Terminal dan beberapa ciri…
Berita Global
  Rupa depan kelihatan normal walaupun berunsur unik dan perhatikan bagaimana bumbung menyondong …
Berita Global
  Di antara perkakasan pada Ioniq 5 N DK Edition seperti rim tempa 21 inci dengan lebar 10.0J…