Hyundai dedah gambar teaser rasmi sedan pantas Elantra N 2022

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai kini memperluaskan lagi penawaran model-model pantas N mereka dengan kehadiran sebuah model sedan Elantra N 2022 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, dua keping gambar teaser rasmi didedahkan oleh Hyundai yang memaparkan rekaan sebenar sedan Elantra N itu tanpa sebarang pelekat samaran.

Gambar pertama menampilkan rekaan belakang di mana sedan tersebut dipasangkan dengan beberapa aksesori menarik seperti kehadiran aksen merah, skirt sisi, spoiler belakang yang unik, bampar belakang dengan kehadiran diffuser dan tip ekzos berbentuk bulat yang besar.

 


Gambar kedua pula memaparkan rim khas untuk Elantra N dengan rekaan jejari yang tajam yang dikemaskan dengan warna dua tona perak dan hitam, balutan tayar Michelin Pilot Sport 4S serta kehadiran angkup brek N berwarna merah.

Difahamkan, Hyundai Elantra N akan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo Theta II T-GDi yang menghasilkan 275 kuasa kuda, serta pilihan transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar lapan kelajuan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model terdahulu, Elantra N 2024 membawakan perubahan kecil dari segi kosmetik, diikuti…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…