Hyundai dedah gambar acah SUV Ioniq 5 EV 2022

oleh Mohamad Hanif|
Jika kebanyakan kenderaan moden Hyundai menggunakan bahasa rekaan Sensuous Sportiness, model elektrik yang bakal didedahkan oleh Hyundai tidak lama lagi akan membawakan rekaan yang tersendiri.
Modenas

Dijadualkan pengenalan rasmi pada Februari ini, Hyundai telah pun mula mendedahkan imej acah SUV elektrik pertama yang menggunakan subjenama Ioniq, iaitu Ioniq 5 2022.

Hyundai Ioniq 5 2022 dibangunkan atas senibina baharu Electric-Global Modular Platform (E-GMP) dengan penggayaan yang lebih tersendiri dan tajam.

 


Ciri rekaan Parametric Pixels diperlihatkan menerusi rekaan lampu utama dengan empat lampu nyalaan siang (DRL) LED yang berbentuk U bersegi, diikuti dengan empat lampu belakang yang berpetak.

Di bahagian hadapan, Hyundai Ioniq 5 merupakan model pertama yang mengimplementasikan rekaan hud clamshell bertujuan untuk meningkatkan aspek aerodinamik dan mengurangkan penampilan jurang antara panel.

Keempat-empat ruang arca roda dihiasi dengan rim bersaiz 20 inci yang membawakan rekaan geometrik ala-ala turbin.

 


Berdasarkan gambar teaser yang diberikan, boleh dilihat posisi roda hadapan telah 'dianjak' lebih ke hadapan. Ini adalah disebabkan platform E-GMP ini membenarkan perkadaran yang lebih fleksibel, sekaligus mampu mengelakkan halangan yang selama ini didapati pada kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman.

Platform E-GMP ini turut menampilkan pek bateri yang diposisikan di bawah lantai kenderaan, serta pacuan roda belakang sebagai ciri standard atau pacuan semua roda dengan tambahan motor elektrik pada gandar hadapan.

Dari segi pengecasan, ia membenarkan ciri pengecasan pantas yang mampu menambah jarak sebanyak 100 km dalam masa lima minit sahaja, dan jarak operasi Ioniq 5 dikatakan mampu mencapai 550 km untuk sekali cas penuh!

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Spesifikasi sudah pun anda ketahui dengan jelas untuk setiap varian yang ditawarkan, harga pun…
Berita Global
Volvo juga turut menyedari perkara itu apabila 75 peratus daripada pelanggannya lebih menggemari…
Pelancaran
Tiga varian yang ditawarkan, Perodua Ativa dijual pada harga bermula dari RM61,500 sehingga RM71,…