Hyundai dedah gambar acah Staria - pengganti model Starex?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas Kia melancarkan MPV generasi baharu Kia Carnival, Hyundai pula mendedahkan gambar teaser model MPV serba baharu yang diberikan nama Staria.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai Staria merupakan sebuah minivan yang menawarkan konfigurasi sehingga tujuh tempat duduk, di mana rekaan luarannya mengingatkan kita kepada sebuah kapal angkasa lepas.

Bahagian hadapan minivan Staria ini menampilkan jalur lampu nyalaan siang LED yang nipis melintangi bahagian tersebut, sementara unit lampu utama pula diposisikan sedikit ke bawah mengapit rekaan gril hadapan.

 


Terdapat ruang khas di bawah nombor pendaftaran yang mungkin menempatkan unit radar yang akan digunakna utnuk sistem kawalan jelajah dan ciri keselamatan yang lain.

Jika diperhatikan, Hyundai Staria ini mempunyai jarak overhang yang agak pendek di bahagian hadapan, bertujuan untuk memaksimumkan ruang kabin.

Rekaan sisi minivan ini tampak ringkas tanpa sebarang garisan badan yang sibuk, namun rekaan tingkap yang ditawarkan agak besar.

 


Sementara bahagian belakang pula menempatkan unit lampu yang diposisikan menegak dengan rekaan piksel seakan unit yang terdapat pada Hyundai Ioniq 5.

Hyundai juga turut mendedahkan rekaan ruang dalaman, di mana  papan pemuka menampilkan unit skrin infotainmen besar di bahagian tengah, sementara butang seleksi pemanduan RND pula membawakan rekaan yang sama daripada SUV Santa Fe.

Untuk pemandu, tiada skrin paparan kluster disediakan dan berkemungkinan besar segala informasi kritikal ditayangkan menerusi paparan head-up, dan pada tiang A pula terdapat tempat pemegang yang memudahkan urusan keluar masuk Staria ini dengan lebih mudah.

 


Tempat duduk baris kedua pula dilihat menggunakan konfigurasi tempat duduk jenis kapten yang lengkap dengan tempat perehat tangan dan kaki.

Setakat ini, Hyundai tidak mendedahkan secara rasmi spesifikasi teknikal, jadi tidak diketahui sama ada model minivan Staria ini mempunyai kaitan rapat dengan Kia Carnival ataupun tidak.

Sesetengah laporan media mencadangkan model Staria ini merupakan model pengganti secara terus kepada model Starex/Grand Starex/iMax yang sudah pun terlalu berusia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai rujukan, Staria pasaran tempatan digerakkan enjin 2.2 liter CRDi diesel turbo atau 3.5…
Berita Global
Namun, jangkaan awal penulis ternyata salah, kerana ia sebenarnya bukanlah varian baharu atau versi…
Berita Domestik
Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat…