Hyundai daftar paten skuter boleh lipat, simpan dan cas dalam trunk!

oleh Mohamad Hanif|
Solusi perbatuan terakhir mula menjadi tumpuan utama dalam penawaran kenderaan masa kini, dan Hyundai sebenarnya turut mempunyai perancangan yang tersendiri dalam menawarkan produk bergenre ini kira-kira dua tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Drive, mereka telah berjaya menemukan dokumen pendaftaran paten kenderaan mobiliti peribadi boleh lipat oleh Hyundai.

Baca: Skuter boleh lipat Hyundai (2019)

Dokumen paten tersebut bertarikh Disember 2017 dan tidak pernah disiarkan sehinggalah pada November 2019, di mana ia menjelaskan dengan lebih terperinci mekanisme yang digunakan oleh skuter lipat itu.
 

skuter


Kalau Rolls-Royce boleh letak payung pada pintu kereta, Hyundai sebenarnya mahu meletakkan skuter ini di dalam panel pintu kereta!

Dalam paten yang terkini, Hyundai mendedahkan mekanisme lipatan yang digunakan oleh skuter, mekanisme pengecasan yang digunakan dalam ruang storan di ruang kargo, serta bunyi enjin palsu yang terhasil untuk memberikan 'amaran' kepada pejalan kaki.
 

skuter


Skuter boleh lipat Hyundai ini dikatakan mampu mencapai kelajuan sekitar 25 km/j, namun spesifikasi seperti kapasiti bateri, kuasa motor dan jarak operasi tidak didedahkan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Hyundai bakal menjadikan idea skuter boleh lipat ini sebagai satu realiti, tapi di Jepun, sebuah syarikat pemula Icoma telah pun memperlihatkan sebuah prototaip berfungsi Tatamel Bike - yang boleh kami sifatkan sebagai pengganti tidak rasmi Honda Motocompo!

Baca: Tatamel Bike

Baca: Honda Motocompo

Baca: Honda daftar paten Motocompacto

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…