Hyundai Creta dan Stargazer lulus cemerlang dalam ujian penilaian ASEAN NCAP

oleh Danial Yasin Suhaimi|

ASEAN NCAP merupakan satu tambahan kepada organisasi NCAP di seluruh dunia, yang disasarkan untuk meningkatkan standard keselamatan dan meningkatkan kesedaran pengguna bagi menggalakkan pasaran untuk kenderaan yang lebih selamat di rantau Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam ujian penilaian ASEAN NCAP yang terkini, dua buah model Hyundai iaitu Creta dan Stargazer telah menjalani ujian bagi mendapatkan penarafan bintang kedua-dua model tersebut.

Kedua-dua model tersebut merupakan SUV dan MPV pertama Hyundai yang diuji oleh ASEAN NCAP dan kedua-duanya juga model pertama Hyundai diuji dibawah protokol terbaru ASEAN NCAP 2021-2025.

Hyundai Creta berjaya lulus cemerlang dan menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan skor  keseluruhan sebanyak 75.78 mata.

 

Creta

 

Berikut merupakan kategori markah yang diterima Hyundai Creta:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 34.72 mata dari 40 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 15.56 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) - 14.08 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 11.42 mata 20 mata keseluruhan

Hyundai Stargazer juga berjaya lulus dengan baik dan menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan sebanyak 66.48 mata.

 

Stargazer

 

Berikut merupakan kategori markah yang diterima Hyundai Stargazer:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 31.21 mata dari 40 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 14.48 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) - 12.04 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 8.75 mata 20 mata keseluruhan

Buat masa ini, Hyundai Creta dan Stargazer masih tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia, namun melalui penarafan ujian ASEAN NCAP tersebut anda boleh jangkakan ketibaannya dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Rushlane, Hyundai Motor India telah pun membuka tempahan bagi model Hyundai Creta…
Pelancaran
Ditawarkan dengan varian tunggal iaitu Plus, Hyundai menawarkan sebuah SUV segmen B yang lengkap…
Berita Domestik
Dalam satu video acah yang dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Hyundai bakal membawakan…