Hyundai Crater Concept: SUV Elektrik Off-Road Paling Ganas Dari Hyundai

oleh Qalif Latif|
Hyundai tiba-tiba muncul dengan sebuah konsep SUV elektrik ekstrem yang memang niat nak conquer dunia off-road hardcore. Nama dia Crater, dan gaya dia memang macam kenderaan “post-apocalypse” yang siap untuk turun padang tanpa belas kasihan.

Rekaan Luar: Agresif, Tinggi dan Sarat Peralatan Off-Road

Crater berdiri atas tayar off-road 33 inci siap dengan skid plate, tow hook, lampu tambahan separuh dozen dan rupa hadapan yang sangat futuristik. Badannya juga pakai elemen digital pixel camouflage yang kita pernah nampak pada Ioniq 5 XRT. Di beberapa bahagian luar terdapat figur kecil yang Hyundai panggil “Crater Man” sebagai karakter rasmi konsep ini.

Hyundai Crater Concept

Bahagian Depan Paling Menonjol

Bumper tebal dengan recovery hook anodized, lampu LED yang memanjang dan fender besar bagi ruang travel suspensi yang tinggi. Konsep ini jelas fokus pada dunia off-road ekstrem, bukan sekadar gaya.

Hyundai Crater Concept

Hyundai Crater Concept
Interior Gila Lain Dari Yang Lain

Masuk kabin, Hyundai langsung tak ikut template normal. Tiada papan pemuka tradisional. Sebagai ganti, ada struktur silinder yang digantung dengan dua tali dan empat skrin boleh tanggal berbentuk empat segi. Skrin ini boleh berfungsi sebagai widget player muzik atau aplikasi lain dan boleh dicabut keluar dari kereta.

Hyundai Crater Concept

Lampu dalaman pula menggunakan unit khas yang menyinari kabin dengan tona jingga hangat untuk mencipta suasana “kem off-road malam”.

Hyundai Crater Concept

Tiada Spesifikasi Mekanikal Penuh Buat Masa Ini

Hyundai cuma sahkan Crater ialah model elektrik. Namun dari rupa dan fungsinya Crater nampak macam ada keupayaan off-road jauh lebih serius ride height tinggi, sudut serangan agresif dan kawalan untuk low range serta locking differential. Soalan terbesar ialah cara fungsi ciri-ciri ini pada EV, tetapi niat Hyundai memang jelas: ini SUV konsep untuk dunia off-road hardcore masa depan.

Hyundai Crater Concept

Intipati Utama Konsep Crater

Tayar off-road 33 inci
• Skid plate, tow hook dan lampu tambahan
• Elemen pixel camouflage digital
• “Crater Man” sebagai karakter rasmi
• Struktur dalaman berbentuk silinder dengan skrin boleh tanggal
• Kabin bercahaya rona jingga
• Fokus untuk off-road elektrik yang ekstrem

Hyundai Crater Concept
Crater bukan sekadar konsep gaya. Hyundai nak tunjuk visi SUV elektrik off-road tahap ekstrem sesuatu yang jarang kita nampak dari pengeluar mainstream. Kalau ini bayangan masa depan SUV elektrik Hyundai, nampaknya dunia off-road elektrik akan jadi jauh lebih liar.

Hyundai Crater Concept

Did you know? Banyak pengeluar mula bereksperimen dengan sistem off-road elektrik yang mampu simulasi low-range gear dengan kawalan moto