Hyundai catat keuntungan terbesar selepas 7 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
Hyundai Motor Company semalam mengumumkan peningkatan keuntungan suku tahunan terbesar dalam tempoh tujuh tahun.

Ia disebabkan penurunan matawang won Korea yang memberikan lebihan pendapatan dari pasaran US serta dibantu oleh pelancaran model-model terkini di pasaran domestik Hyundai.

Dua sebab itu membantu penurunan penjualan Hyundai di China. Negara Tembok Besar itu sedang mengalami kelembapan ekonomi hasil perang dagangan dengan US dan kekurangan model yang kompetitif di sana.
santa fe mau

 

Peningkatan keuntungan ini dijangka tidak akan bertahan lama kerana Hyundai sedang bersedia untuk tindakan Kesatuan Pekerja Korea Selatan yang bakal mengadakan mogok rasmi untuk untuk kenaikan gagi.

Tindakan mogok itu akan mengganggu pembekalan model-model baharu Hyundai seperti SUV Palisade dan Sonata baharu untuk pasaran tempatan dan eksport.

Jumlah keuntungan Hyundai untuk tempoh April-Jun meningkat 31.2 peratus kepada 919.3 bilion won atau US$780.44 juta. Itu adalah peratusan tertinggi sejak tahun 2012.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang dibangunkan berdasarkan platform Hyundai Venue itu bakal menjadikan ia sebagai crossover…
Berita Global
  Tindakan itu turut membabitkan 2.9 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS), merangkumi model…
Berita Global
Jika anda masih ingat, syarikat Arrival telah pun menghasilkan kenderaan ringan komposit berupa…