Hyundai berjaya jual 15 juta kenderaan di AS! Mula pada 1986 dengan Excel

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Tucson 2022
Hyundai Tucson 2022
Bersaing di pasaran Amerika Syarikat (AS) mempunyai cabaran tersendiri walaupun jualan kenderaan mencecah belasan juta unit setiap tahun.

Sebelum dipintas China, AS merupakan pasaran automotif terbesar di dunia untuk satu tempoh yang cukup lama.

Satu daripada jenama asing yang berjaya di AS ialah Hyundai dan Kia. Pada 2021, kedua-dua jenama itu mencatatkan jualan sebanyak 1.44 juta unit di AS.

Terbaru Hyundai Motor America mengumumkan satu pencapaian penting iaitu jualan kumulatif di AS telah pun mencecah 15 juta unit!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hyundai Motor America catat jualan 15 juta kenderaan

 

Unit ke-15 juta merupakan sebuah Hyundai Tucson yang dijual kepada pasangan Wende dan James Tuskes oleh West Herr Hyundai di Williamsville, New York.

Menariknya, West Herr Automotive Group menghadiahkan pasangan Tuskes dengan cek bernilai AS$4,799.28 (21,239.32) untuk membiayai tahun pertama Tucson mereka.

Hyundai mula memasuki pasaran AS pada 1986 dengan model Excel.

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Hyundai menjadi salah satu syarikat kereta paling pesat berkembang di AS. 

 

Hyundai Excel 1986

 

Sehingga kini, Hyundai memasarkan pelbagai model seperti Tucson, Santa Fe, Palisade, Santa Cruz, Elantra, Sonata dan banyak lagi.

Ringkasnya, bermula dari Excel dan kini hebat dengan model elektrik Hyundai IONIQ 5 dan disusuli IONIQ 6 yang bakal menjengah pasaran AS.

Berikut lima model teratas dan pencapaian ke arah 15 juta jualan di AS:

 

Model Peratus jualan Jumlah Tahun jualan terbaik
Elantra 23.6% 3,533,998 2015
Sonata 20.9% 3,135,035 2011
Santa Fe 12.7% 1,909,174 2019
Accent 9.1% 1,361,134 2016
Tucson 9% 1,344,164 2018

 

Hyundai IONIQ 5 2022

 

Selain portfolio produk, Hyundai turut mengembangkan pengeluarannya di AS dalam tempoh 17 tahun lalu. 

Hyundai bermula dengan kilang Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) pada 2005 yang kini mempunyai kira-kira 3,400 pekerja.

Pada 2025, syarikat mensasarkan untuk memulakan operasi Hyundai Motor Group Metaplant America di Bryan County, Georgia dan bakal mewujudkan 8,100 peluang pekerjaan.

 

Hyundai KONA N 2022

 

Selain menyumbang kepada ekonomi AS, Hyundai turut berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai program kebajikan.

Nilai paling besar berjumlah AS$200 juta melalui program Hyundai Hope On Wheels® bagi membiayai penyelidikan barah kanak-kanak di seluruh AS.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…