Hyundai Bentang Roadmap 2030: 5.55 Juta Jualan Global, 18 Model Hibrid & EV Baharu

oleh Qalif Latif|
Hyundai Motor Company baru sahaja mengumumkan visi jangka panjang serta pelan produk sehingga 2030 pada acara CEO Investor Day 2025, dengan sasaran berani untuk memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam industri automotif.

Sasaran Jualan & Barisan Kenderaan Elektrifikasi

Hyundai menetapkan sasaran jualan global sebanyak 5.55 juta unit menjelang 2030. Daripada jumlah itu, 3.3 juta unitadalah kenderaan elektrifikasi termasuk lebih 18 model hibrid dan barisan EV yang komprehensif. Hyundai juga bakal memasuki segmen baharu seperti mid-size pickup trucks dan light commercial vehicles.

Selain itu, pelbagai EV regional akan dilancarkan antaranya IONIQ 3 untuk pasaran EropahEV pertama hasil rekaan tempatan India, serta Elexio dan sedan elektrik yang diproduksi di China. Bermula 2027, Hyundai akan memperkenalkan Extended Range EV (EREV) dengan jarak pemanduan melebihi 600 batu (sekitar 965 km) sebagai jambatan ke arah elektrifikasi penuh.

Peluasan Kilang & Kapasiti Global

Fasa kedua pengembangan HMGMA menambah kapasiti produksi sebanyak 200,000 unit menjelang 2028, melibatkan pelaburan $2.7 bilion serta membuka 3,000 peluang pekerjaan baharu. Di samping itu, kilang pintar berasaskan Software-Defined Factory bakal meningkatkan kapasiti global sehingga 1.2 juta unit tambahan di seluruh dunia.

Teknologi Bateri & SDV

Hyundai turut memperkenalkan teknologi bateri generasi baharu yang menjanjikan penambahbaikan kos serta prestasi, termasuk sistem pengurusan bateri berasaskan cloud bermula 2026.

Platform Software-Defined Vehicle (SDV) pula akan mengubah pengalaman pelanggan dengan seni bina High-Performance Vehicle Computer, membolehkan kemas kini berterusan, ciri peribadi, serta perkhidmatan mobiliti pintar berasaskan AI.

Genesis & Segmen Premium

Jenama mewah Genesis akan memperluaskan barisan kuasa EREV, hibrid dan BEV merangkumi semua model termasuk SUV flagship mereka. Sasaran jualan ditetapkan sebanyak 350,000 unit setahun menjelang 2030.

Sasaran Kewangan

Bagi tahun kewangan 2025, Hyundai menyemak semula unjuran pertumbuhan hasil kepada 5–6%, dengan margin operasi yang disesuaikan kepada 6–7%. Syarikat juga menyasarkan KRW 77.3 trilion dalam pelaburan kumulatif menjelang 2030.


 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Far-UVC yang selamat untuk manusia   Teknologi pensterilan menggunakan cahaya UVC sudah digunakan…
Berita Global
Dalam dunia automotif moden yang semakin dipenuhi sistem digital seperti bunyi enjin tiruan,…
Berita Global
Peningkatan Ciri Keselesaan dan Varian Baharu Black Ink Bagi model 2027, Hyundai telah…