Hyundai Bayon 2024, kecil daripada Kona, rupa depan garang!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Bayon 2024
Hyundai Bayon 2024
Hyundai Bayon adalah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B yang diperkenalkan pada 2021 dan diletakkan di bawah Kona.

Kenapa jarang kedengaran? Bayon bukan untuk semua dan ditumpukan pada pasaran Eropah. Nama Bayon itu sendiri merujuk kepada Bayonne, sebuah bandar di Perancis.

Memasuki tahun keempat, Hyundai memperkenalkan Bayon dengan rupa baharu (facelift).

Bahagian depan masih lagi Bayon yang sama dan dibezakan dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED nipis dan panjang bagi membentuk lampu Seamless Horizon Hyundai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Bayon 2024

 

Bampar depan dan jeriji direka baharu dan menonjolkan wajah garang dan moden. Bahagian sisi kekal sama kecuali rim 16 dan 17 inci baharu.

Bampar belakang juga direka baharu dengan garisan yang seragam seperti bentuk badan.

Pada bahagian dalam, Hyundai membiarkan sahaja papan pemuka tanpa reka bentuk baharu.

Pemandu diberikan skrin meter LCD saiz 10.25 inci dan sebuah lagi saiz sama untuk Audio Visual Navigation Screen (AVN).

 

Hyundai Bayon 2024

 

Hyundai menawarkan pilihan lampu LED untuk Kabin/Peta dan Pelindung Matahari. Turut ditawarkan lampu suasana pelbagai warna.

Selari dengan keperluan, terdapat dua slot USB-C masing-masing di depan dan belakang bagi memudahkan pengguna untuk mengecas peranti serentak.

Slot USB-A di depan boleh memindahkan data untuk pengguna menghubungkan telefon dengan sistem maklumat hibur kereta.

Satu perkakasan menarik ialah sistem bunyi premium Bose dengan lapan pembesar suara dan sebuah subwufer. 

 

Hyundai Bayon 2024

 

Sesuai dengan perkembangan teknologi, peta kereta dikemaskini secara dalam talian (OTA).

Dari segi keselamatan, Bayon kini dilengkapi teknologi separa berautonomi seperti Bantuan Pengekalan Lorong (LFA) dan Kawalan Pandu Pintar berasaskan Navigasi.

Fungsi itu menggunakan data dari sistem navigasi untuk melaras kelajuan secara berautonomi apabila memandu di lebuh raya.

Turut dilengkapi Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan (FCA) yang mengeluarkan amaran kepada pemandu sebelum brek diaktifkan secara automatik.

 

Hyundai Bayon 2024

 

Fungsi tersebut mampu mengesan kereta, pejalan kaki dan pembonceng basikal.

Sistem sama dilengkapi Junction Turning yang membrek secara automatik bagi mengelak pelanggaran dengan kereta dari depan apabila membelok di persimpangan.

Lagi fungsi seperti Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA), Peringatan Kenderaan Tersasar dari Lorong dan Amaran Perhatian Pemandu (DAW).

Satu lagi teknologi canggih ialah eCall terbaru berasaskan rangkaian 4G yang menghubungi pusat kecemasan secara automatik apabila beg udara dilepaskan sewaktu kemalangan.

 

Hyundai Bayon 2024


Pengguna juga boleh membuat panggilan sendiri melalui satu sentuhan butang.

Berkenaan rangkaian kuasa, Hyundai belum mendedahkannya dan sebagai rujukan model sebelum ini digerakkan enjin Kappa II 1.4 Mpi, Smartstream 1.0 T-GDI dan 1.2 MPi.

Kotak gear juga pelbagai seperti manual enam kelajuan, manual enam kelajuan tanpa cekam, DCT tujuh kelajuan, manual lima kelajuan dan automatik enam kelajuan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Bayon 2024