Hyundai bangunkan beg udara tengah - mampu kurangkan kecederaan kepala sehingga 80 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada beg udara hadapan (pemandu dan penumpang), kehadiran beg udara di posisi yang berbeza seperti beg udara sisi, dan beg udara di bahagian tingkap sudah terbukti mampu mengurangkan kadar kecederaan di dalam kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pihak pengeluar tidak pernah berhenti menyelidik bagi memastikan nyawa pemandu dan penumpang tidak terancam di dalam sesuatu kemalangan, menerusi pengenalan beg udara tengah yang kian menarik perhatian. 

Selepas General Motors, Hyundai Motor Group pula mengikut jejak langkah dengan memperkenalkan beg udara tengah, bertujuan untuk mengurangkan kadar kecederaan di bahagian kepala sekiranya berlaku pelanggaran sisi. 
 


Beg udara ini akan dipasang di bahagian kerusi pemandu, di mana sekiranya berlaku pelanggaran sisi, ia akan mengelakkan pemandu dan penumpang bertembung sesama sendiri. 

Sekiranya tiada penumpang hadapan, beg udara ini juga boleh membantu mengurangkan kadar kecederaan sekiranya sistem mengesan impak dari arah tersebut. 

Menurut Hyundai, mereka mendakwa beg udara tengah yang sedang dibangunkan pada ketika ini merupakan beg udara paling ringan, iaitu seberat 500 gram sahaja - terima kasih kepada paten teknologi baharu yang mempunyai reka bentuk yang lebih ringkas dan komponen yang lebih ringan. 
 


Dengan saiz yang lebih kecil, ia adalah lebih fleksibel untuk dimuatkan di bahagian tengah, serta boleh dimuatkan ke dalam pelbagai bentuk kerusi penumpang pada model-model akan datang Hyundai, Kia dan juga Genesis.

Tambah Hyundai lagi, beg udara tengah itu dikatakan mampu mengurangkan kadar kecederaan kepala akibat pelanggaran sesama penumpang sehingga 80 peratus. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…