Hyundai bangunkan aplikasi telefon pintar untuk kawal kereta elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Harga telefon pintar sekarang ini bukan main lagi tinggi harganya sehingga memasuki angka RM 3,000 hingga RM 5,000. Anehnya harga tersebut melebihi harga komputer riba (aras mula) yang jauh lebih murah dengan saiz berkali ganda besar.

Sama ada digunakan untuk hiburan atau cari makan, telefon pintar hari ini semakin canggih dengan pelbagai fungsi menarik.

Terbaru pengeluar kenderaan mula menawarkan aplikasi yang boleh mengatur dan mengawal kenderaan pemilik menggunakan telefon pintar sahaja.

Hyundai Motor Group pada 24 April lalu mengumumkan program pembangunan teknologi sambungan di antara telefon pintar dan kereta elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai bangunkan aplikasi telefon pintar - EV

 

Melalui teknologi ini pengguna dapat mengubah tetapan utama EV mereka hanya melalui telefon pintar. Ini bukan setakat aplikasi yang dapat membaca penggunaan minyak, mengesan lokasi atau menghidupkan enjin kereta.

Ia lebih daripada itu dan HMG mendakwa ini adalah inovasi pertama seumpamanya di dalam industri.

Berikut ialah tujuh fungsi larasan utama aplikasi telefon pintar yang dibangunkan HMG:

  • Tork (daya tujahan) maksimum motor elektrik
  • Menghidup dan mematikan kereta (Ignition) 
  • Keupayaan memecut dan memperlahankan kereta
  • Kapasiti brek regeneratif
  • Had laju maksimum
  • Tahap responsif
  • Penggunaan tenaga semasa dalam kawalan suhu

HMG membangunkan teknologi ini sebagai persediaan terhadap pasaran EV yang semakin berkembang terutama sekali industri sewaan dan perkongsian kereta. 

 

Hyundai bangunkan aplikasi telefon pintar - EV

 

Teknologi baharu ini membolehkan pemandu menggunakan tetapan peribadi mereka untuk mana-mana EV yang dipandu melalui muat turun profail yang telah disimpan di dalam pelayan (server).

Satu perkara menarik tentang teknologi ini ialah aplikasi akan memberikan tetapan yang optimum untuk destinasi tujuan dengan menganalisa baki perjalanan dan keperluan tenaga elektrik.

Aplikasi ini juga mampu menawarkan pemanduan lebih sporti melalui pengesyoran tetapan prestasi tersendiri.

Maksudnya katalah anda mahu ke Masjid Negara, aplikasi akan mengira sama ada cukup tidak baki pengecasan dan kemudian memberikan tetapan optimum supaya anda sampai ke destinasi tujuan.

Satu lagi contoh ialah anda mahu pemanduan lebih menyeronokkan, aplikasi secara automatik akan  memberikan pengesyoran tetapan kenderaan yang bersesuaian.

Hebat bukan?

 

Hyundai bangunkan aplikasi telefon pintar - EV

 

Satu perkara lagi yang tidak kurang hebat ialah pengguna boleh berkongsi tetapan peribadi mereka ke dalam talian dan mencuba tetapan pemandu lain.

Pengguna juga boleh menggunakan tetapan yang disyorkan oleh pengeluar mengikut keadaan jalan raya seperti jalan luar bandar, bandar atau berbukit-bukau.

Bagi menangani isu-isu keselamatan, HMG akan menggunakan teknologi blockchain (encrypted) sementara pengguna memuat naik dan berkongsi data tetapan mereka di dalam pelayan.

HMG serius membangunkan teknologi ini dan dijangka dapat digunakan pada kenderaan masa depan Hyundai dan Kia

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…