Hyundai bakal bina E-Pit di Korea Selatan - stesen pengecasan EV bertemakan F1

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik yang lebih meluas, Hyundai dilaporkan akan membina stesen pengecasan yang digelar sebagai E-Pit.
Modenas

Mengambil inspirasi daripada sukan Formula One, E-Pit merupakan stesen pengecasan yang menawarkan keupayaan pengecasan sehingga 800-volt yang membolehkan pengguna mengecas EV mereka sehingga 80 peratus dalam masa sekitar 18 minit sahaja.

Penggunaan selama lima minit (bagi kenderaan yang sesuai) akan menambah jarak operasi sejauh 100 km.

Bermula bulan ini, Hyundai akan menyediakan 12 stesen E-Pit yang menawarkan 72 buah outlet pengecasan di 12 perhentian rehat dan rawat lebuh raya di seluruh Korea, selain menambah lapan lagi pusat pengecasan dengan 48 buah pengecas di kawasan urban.
 


Menurut laporan Korea Times, Hyundai juga akan menyediakan sistem pembayaran digital yang memudahkan pengguna membayar caj secara automatik menerusi aplikasi peranti pintar.

Sumber: Korea Times

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah infrastuktur pengecasan itu sendiri. Hal…
Berita Global
Menurut informasi yang dipetik daripada pengguna Twitter @JayInShanghai, stesen pengecasan terbesar…
Berita Global
Menurut laporan daripada Teslarati, stesen Tesla Supercharger itu merupakan stesen pengecasan…