Hyundai Azera 2020 - tampil dengan rekaan lampu dalam gril hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Segmen sedan di sesetengah pasaran utama ternyata bukan makanan utama Hyundai apabila mereka telah pun menghentikan penjualan model Azera pada tahun lalu akibat prestasi jualan yang tidak memberangsangkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, ini tidak menghalang Hyundai daripada terus menghasilkan produk pengganti di mana ia masih lagi mempunyai peminat tersendiri, terutama di tanah kelahiran asal, Korea Selatan. 
 


Menerusi beberapa keping gambar yang diterbitkan secara rasmi, Hyundai kini bersedia untuk melancarkan model facelift kepada generasi keenam Hyundai Azera (Grandeur). 

Apa yang menarik perhatian adalah trend gril yang semakin membesar kini ditampilkan pada Azera, dan Hyundai dengan bijaknya menanam beberapa unit lampu LED di antara ruang gril tersebut. 
 


Tidak banyak info yang boleh dipetik, akan tetapi menurut laporan daripada KoreanCarBlog, Azera (Grandeur) 2020 mungkin sekali akan menerima nadi baharu iaitu Theta 3 2.5 liter yang sebelum ini muncul pada Hyundai Sonata generasi kelapan. 

Theta 3 ini bakal menggantikan nadi Theta 2 2.4 liter yang menghasilkan 187 hp dan 241 Nm daya kilas, manakala tiga lagi enjin V6 sedia ada akan terus kekal untuk model facelift ini.