Hyundai Avante 2024 facelift rasmi di Korea Selatan - enjin 1.6 liter, kuasa sehingga 120 hp, dari RM69k

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa minggu yang lepas, Hyundai telah memperlihatkan beberapa keping gambar rasmi model sedan Hyundai Avante facelift untuk pasaran Korea Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, ia telah pun rasmi dilancarkan untuk pasaran tersebut dengan membawakan rupa paras yang lebih malar segar, diikuti dengan penambahan opsyen trim baharu untuk ruang kabin serta teknologi yang dipertingkatkan.
 

Avante


Di Korea Selatan, Hyundai Avante facelift ini boleh didapati dalam versi enjin Smartstream 1.6 liter (120 hp), atau enjin LPG 1.6 liter (118 hp), atau versi hibrid pengecasan kendiri berkuasa 104 hp.

Aspek gantungan telah diberikan talaan semula bagi menjadikan pemanduan yang lebih selesa.
 

Avante


Seperti yang disentuh dalam artikel terdahulu, perubahan di bahagian luar terdiri daripada rekaan bampar hadapan yang menampilkan rekaan jeriji yang lebih kecil, unit lampu utama yang lebih nipis, serta bukaan liang udara yang lebih besar bertujuan untuk meningkatkan tahap penyejukan dan aspek aerodinamik.

Tidak seperti model Hyundai yang lain, sedan Avante facelift ini tidak mendapat ciri bar lampu LED melintang penuh pada bahagian hadapan, sebaliknya digantikan dengan kepingan krom yang bersinar antara dua lampu DRL.

Selain itu, rekaan bampar belakang juga telah diberikan kemaskini, diikuti dengan rim bersaiz 15, 16 atau 17 inci dengan rekaan baharu.
 

Avante


Untuk ruang kabin pula, Hyundai Avante ditawarkan dengan kombinasi bahan dan warna baharu, diikuti dengan ciri sedia ada seperti skrin paparan digital dan skrin infohibur bersaiz 10.25 inci.

Ciri baharu lain yang dimuatkan termasuklah sokongan kunci digital menggunakan peranti pintar atau jam tangan pintar, fungsi khas pada kawalan iklim yang mampu mengurangkan kesan bau busuk, dashcam terbina, sistem audi premium Bose dengan lapan pembesar suara, pad pengecasan peranti pintar tanpa wayar, fungsi pemanas pada semua tempat duduk serta tambahan fungsi ventilasi pada tempat duduk hadapan.
 

avante


Hyundai Avante 2024 facelift ini sudah pun mula dijual di Korea Selatan dengan harga jualan bermula dari ₩19,970,000 (RM69,473).

Versi tertinggi dengan trenkuasa hibrid pula dijual dari ₩32,630,000 (RM113,485).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Kia Carnival versi facelift itu kini membawakan muka…