Hyundai 45 EV Concept - adunan teknologi moden di dalam reka bentuk zaman silam

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai telah menerbitkan sebuah imej acah yang membayangkan reka bentuk masa hadapan EV mereka dengan 45 EV Concept.

Bersesuaian dengan nama yang digunakan, ia adalah sebuah kenderaan elektrik dari Hyundai yang bertindak sebagai satu pencapaian simbolik terhadap reka bentuk masa hadapan EV. 

Diinspirasikan daripada kereta pertama jenama dari Korea itu, 45 EV Concept turut ditambah dengan elemen rekaan Sensuous Sportiness bagi menjadikan kenderaan mereka 'ada jiwa'.

Berdasarkan sekeping gambar yang diterbitkan, ia adalah reka bentuk di bahagian belakang dengan spoiler tailgate terbina dalam yang diposisikan di atas bar lampu LED. 

Bar lampu LED tersebut mampu untuk memaparkan mesej dan juga grafik pergerakan, terutama ketika pemandu menghidupkan lampu membelok, atau memberhentikan kenderaan. 

 



 

Mengakhiri reka bentuk bersegi di bahagian belakang 45 EV Concept ini ialah paparan berlampu yang memaparkan logo '45'. 

Menurut Hyundai, bahagian kabin EV ini akan menampilkan reka bentuk unik dan versatil yang menunjukkan bagaimana mereka 'mendefinisikan semula mobiliti' demi keperluan dan kehendak individual.

Hyundai 45 EV Concept akan dipamerkan secara rasmi pada 10 September ini di acara Frankurt Motor Show. 

Add new comment

Careta Ad