Hyundai 45 Concept tunjuk 'muka sebenar'

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan salah satu eksperimentasi Hyundai terhadap reka bentuk kotak yang menggabungkan elemen retro 1970-an dan futuristik dalam satu seni bina yang sungguh menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai 45 Concept, sebuah hatchback berkuasa elektrik sepenuhnya itu disahkan akan mula diperkenalkan secara rasmi pada acara Frankurt Motor Show tidak lama lagi. 

Imej terbaharu yang diterbitkan oleh Hyundai kini memaparkan gambaran front-fascia yang turut menampilkan bar lampu jenis LED - membawakan fungsi yang sama seperti bar lampu LED belakang. 

Ini bermakna, bar lampu LED tersebut mampu untuk memaparkan mesej dan juga grafik pergerakan, terutama ketika pemandu menghidupkan lampu membelok, atau memberhentikan kenderaan. 
 


Jika diperhatikan dengan teliti, Hyundai 45 Concept tidak mempunyai sebarang cermin sisi, dan besar kemungkinan ia menggunakan peranan kamera sisi sama seperti Honda e. 

Seni bina dan reka bentuk "Sensuous Sportiness" yang dibawakan pada 45 Concept ini merupakan pencapaian simbolik kepada masa hadapan reka bentuk EV Hyundai. 

10 September bakal menjelang tidak lama lagi dan kita akan dapat melihat dengan lebih teliti bagaimana kereta ini mampu menjadi sebahagian daripada gaya hidup pengguna. 

Ini kerana menurut Hyundai, 45 Concept akan membawakan rekaan dalaman yang boleh dikustom mengikut keperluan peribadi, sekaligus membawakan imej bahawa kereta masa hadapan yang menjadi ruang hidup individu. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…