HyperGear - bermula dari Kuchai Lama, kini menakluk pasaran dunia

oleh Mohamad Hanif|
Ramai yang berkunjung ke negara Thailand dan membawa pulang kenangan yang manis dan menggembirakan bersama ahli keluarga, kawan-kawan mahupun "rakan baharu", namun pemilik susuk tubuh Jack Lee bersama-sama rakan peniagaannya membawa pulang satu idea baharu yang merubah hidupnya semenjak itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Idea ini sebenarnya tercetus ketika pemilik jenama ini, Jack Lee dan rakan-rakan perniagaannya melakukan lawatan kerja ke Thailand beberapa tahun yang lalu, dan mereka memerlukan suatu produk yang mampu melindungi peranti seperti kamera, telefon pintar dan sebagainya. 

Ketika itu, di Thailand sudah wujud beberapa buah produk drybag yang serupa dan ia menimbulkan keinginan di dalam hati Jack Lee untuk mendatangkan sebuah produk drybag yang serupa. 
 

Jack Lee bersama variasi produk keluaran HyperGear


Seperti mana produk drybag yang terdapat di dalam pasaran, ia dikhususkan penggunaannya kepada para penyelam, pemancing ikan serta aktiviti outdoor, namun begitu HyperGear mempunyai pendekatan yang lebih mesra pengguna, terutama di Malaysia yang mana cuacanya lebih terdedah kepada panas dan basah sepanjang tahun. 

Mengekalkan tujuan asal, HyperGear masih menghasilkan produk drybag yang khusus untuk aktiviti air seperti menyelam, pendakian, outdoor dan sebagainya, dan dalam masa yang sama mereka memperluaskan penggunaannya kepada golongan yang berbeza seperti penunggang motosikal, peminat sukan lasak malah golongan rakyat marhaen.

"Untuk itu, kami (HyperGear) kini menumpukan pembangunan produk-produk yang lebih menepati citarasa rakyat jelata dan tidak sekadar menghasilkan produk khusus untuk golongan tertentu sahaja," ujar beliau. 
 

antara model beg kalis air kegemaran peribadi


Bermula pada tahun 2009, HyperGear Malaysia Sdn Bhd beroperasi sebagai sebuah syarikat kecil di Kuchai Lama dengan keazaman untuk menghasilkan produk drybag yang bagus, dengan harga yang berpatutan untuk pasaran tempatan dan sesuai untuk kegunaan dan cuaca seharian. 

Kemudian mereka memulakan operasi secara besar-besaran di Balakong sebelum memindahkan operasi ke kilang yang lebih besar di China oleh kerana kadar keterdapatan bahan yang lebih meluas selain sumber tenaga pekerja yang lebih besar di sana. 

Dalam keadaan berseloroh, Jack Lee membuka cerita yang pernah terjadi kepada dirinya sendiri sepanjang beliau menggunakan sendiri produk yang beliau cuba bawakan. 

"Pernah sekali, anak saya tertumpahkan air di boot belakang, yang mana ia penuh dengan kotak produk dan kebetulan beg saya yang berisi laptop, external hard disc, kamera terletak berhampiran.
 


"Hampir kesemua barang habis rosak akibat tumpahan air tersebut, namun saya bersyukur kerana beg saya (produk HyperGear) tidak terjejas, malah laptop, kamera semua selamat," ujarnya sambil bergelak ketawa. 

Sehingga kini, Jack Lee bersyukur kerana kebanyakan produknya mendapat respons yang baik daripada para pengguna.

"Salah seorang pelanggan tetap kami yang bekerja di bidang Oil and Gas, dan perlu bergerak secara kerap di kawasan pelantar, beliau memuji ketahanan beg HyperGear yang digunakan kerana ia terbukti mampu melindungi barangan beliau.

"Saya tidak menyangka beliau kini menjadi pelanggan tetap HyperGear," tambah beliau. 
 

model drybag HyperGear paling laku


Di dalam menghasilkan produk drybag, HyperGear tidak menghasilkan produk secara syok sendiri, sebaliknya mereka menumpukan kepada kriteria popular yang dicari oleh kebanyakan orang seperti rekaan seperti beg konvensional dan tidak terlalu berkompromi dengan kualiti kalis air yang mereka cuba bawakan. 

Selain daripada drybag biasa, buat penunggang motosikal, HyperGear juga hadir dengan produk bagpack kalis air tersendiri yang mampu melindungi barangan selain hadir dengan ciri tali pinggang yang membolehkan beg memegang kemas penunggang ketika perjalanan jauh. 
 


Menurut Jack Lee, beg ini juga direka dengan teliti supaya fungsi dan rekabentuk bergerak seiring dan tidak begitu menjengkelkan apabila dibandingkan dengan produk lain yang berada di pasaran. 

Tiap produk yang baik fungsinya akan hadir dengan harga yang sesuai dengan ciri yang ditawarkan, begitu juga produk HyperGear yang ada di pasaran. 

Menurut Jack, harga yang ditawarkan untuk pasaran tempatan dan juga pasaran luar adalah bertepatan dengan kualiti yang ditawarkan malah mereka tidak berkompromi dengan kualiti demi menawarkan produk yang benar-benar mampu menguasai pasaran. 

Ketika ditanya apakah perancangan terkini, Jack Lee tidak menyatakan secara terperinci namun beliau kini sedang mempertimbangkan untuk meluaskan lagi penawaran produk HyperGear kepada umum seperti beg kalis potong (cut proof), beg untuk kegunaan seharian dan juga beg jenis bagasi. 
 

Jack Lee bersama barisan pegawai khidmat pelanggan sedia menolong anda


Untuk kemudahan para pelanggan meneliti barisan produk beg kalis air tempatan ini, terdapat empat buah kedai fizikal utama HyperGear yang terletak di KLCC dan tiga buah Premium Outlet (Genting, Mitsui dan Melaka) selain mempunyai hampir 200 orang pengedar di seluruh negara.

Malah, bagi meraikan para pengguna yang kini menggemarkan pembelian secara dalam talian, HyperGear juga turut beroperasi di pusat membeli belah mudah alih terkemuka seperti Lazada, Zalora serta Bonuslink yang hadir dengan promosi-promosi masa terhad, selain memberikan kebebasan kepada para pelanggan untuk mengambil sendiri produk di mana-mana cawangan HyperGear.

Pihak HyperGear juga turut mempunyai barisan pegawai khidmat selepas jualan yang berdedikasi berpusat di Bandar Puchong Jaya untuk memberikan khidmat servis atau pertanyaan daripada para pengguna. 

"Mungkin tidak ramai yang tahu kami juga turut mempunyai khidmat selepas jualan, dan ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk mendekatkan diri dengan para pelanggan, di samping meningkatkan lagi mutu kerja kami," ujar Jack Lee mengakhiri bicara. 
 


Bagi para pembaca yang ingin melihat barisan produk HyperGear boleh melayari laman web hypergear.com.my atau dengan melawati sendiri kedai fizikal HyperGear di KLCC, Freeport A'Famosa Premium Outlet, Mitsui Premium Outlet dan Genting Premium Outlet. 

Manakala bagi kedai dalam talian pula, HyperGear kini didapati di laman utama membeli belah Lazada, Zalora dan BonusLink. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai tarikan kedua-dua jenama dan produk…
Gaya Hidup
Kempen tahun ini bertujuan melengkapkan para penunggang basikal dan motosikal dengan peralatan…
Berita Domestik
Konsep jualan Big Bike Warehouse ini pertama kali dianjurkan oleh Goh Brothers Group pada tahun…