HyPER - kereta lumba elektrik dengan sistem sel bahan api hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato' Sri Dr. Adham Baba hari ini melancarkan secara rasmi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga Nasional (NESTI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan NanoMalaysia ini bertujuan untuk membangun dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih.

Menurut YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, "Penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan penginovasian (R&D&C&I) dalam teknologi storan tenaga ini mampu memberi impak sampingan positif kepada perniagaan mikro, serta kegunaan peribadi seperti bateri, ultra kapasitor, storan hidrogen, reaktor, sistem pengurusan tenaga dan kitar semula bateri.

NESTI juga memudahcara transformasi ke arah penggunaan mobiliti elektrik yang lebih meluas di kalangan warga Malaysia selaras dengan sasaran Neutral Karbon 2050.
 

HyPER


Serentak dengan itu, NanoMalaysia telah memperlihatkan demonstrasi kereta lumba elektrik bertenaga sel yang pertama untuk digunakan dalam industri sukan permotoran Malaysia.

HyPER (Hydrogen-Paired Electric Racecar) menggunakan asas daripada jentera lumba dengan teknologi sistem penyimpanan tenaga hibrid hidrogen (H2SS) yang menggabungkan teknologi sel bahan api, bateri Lithium-ion dan ultra kapasitor berasaskan grafin (GUC).

Tidak seperti teknologi sedia ada yang memerlukan pengisian hidrogen, HyPER hanya memerlukan pengisian bahan api serta pepejal H2 yang menghasilkan produk sampingan haba dan air.

Penggunaan penjanaan hidrogen dalam sistem H2SS ini membolehkan ketumpatan kuasa yang lebih tinggi, serta pengecasan yang lebih pantas berbanding kenderaan bateri elektrik konvensional.
 

HyPER


Selain daripada HyPER, terdapat juga pameran produk seperti dron Pulsar UAV, motosikal elektrik hidrogen yang menggunakan asas daripada Kawasaki D Tracker 250, bateri sel kantung berasaskan grafin UMORIE, serta peranti storan tenaga MYPOWERPACK.