Husqvarna Norden 901 2022 - adventure touring berharga RM98k

oleh Mohamad Hanif|
Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd membawa masuk model adventure touring Husqvarna Norden 901 secara rasmi untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan kerangka trellis chrome-molybdenum yang ringan, Norden 901 menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih mengujakan di atas laluan jalan biasa dan juga off-road.
 

901


Dari segi kuasa, Norden 901 dijana dengan enjin parallel twin DOHC 889 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 105 hp dan daya kilas 100 Nm, serta mod tunggangan iaitu Street, Rain, Offroad, serta mod opsyen Explorer.

Sistem gantungan jentera adventure ini terdiri daripada suspensi depan jenis terbalik WP Apex 43 mm dengan jarak pergerakan suspensi 220 mm, sementara bahagian belakang menggunakan suspensi penyerap hentak tunggal WP Apex dengan jarak pergerakan suspensi 215 mm.
 

901


Sistem brek terdiri daripada angkup berkembar empat omboh dengan rotor 320 mm di depan, diikuti dengan angkup terapung dua omboh dengan rotor 260 mm di bahagian belakang, dibantu dengan ciri ABS Bosch 9.1 MP yang turut merangkumi Cornering-ABS dan mod off-road.

Kapasiti tangki adalah sebesar 19 liter, sementara tinggi pelana pula adalah sekitar 854 mm.

Antara ciri menarik yang ada termasuklah pilihan pelana dengan ciri pemanas, unit lampu LED dan opsyen lain yang tersedia untuk pembeli di Malaysia.

Harga jualan bermula dari RM98,800.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
GasGas MC 250 F Model MC 250F menggunakan enjin silinder tunggal bersesaran 249.9 cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Difahamkan, ketiga-tiga model ini boleh didapati bermula September 2022. KTM RC 200 Model yang…