Husqvarna Malaysia lancar model Svartpilen 250, Svartpilen 401 & Vitpilen 401 - bermula dari RM24,800

oleh Mohamad Hanif|
Jenama motosikal premium dari Sweden, Husqvarna Motorcycles Malaysia akhirnya kembali semula ke pasaran Malaysia dengan membawakan tiga model jalanan terbaharu, Svartpilen 250, Svartpilen 401 dan cafe racer Vitpilen 401.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah jenama Sweden, pengaruh rekaan Scandinavia banyak mempengaruhi rupa luaran jentera-jentera Husqvarna ini, menjadikannya unik untuk dilihat atas jalan raya Malaysia.

 

Svartpilen 250 and Svartpilen 401 2021


Jentera scrambler dengan posisi tunggangan menegak ini hadir dalam dua sesaran yang berbeza, iaitu enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 250 cc dan enjin 373 cc yang sama didapati pada model KTM 390 Duke dan RC 390.

Svartpilen 250 merupakan jentera khas yang sesuai untuk para pemilik lesen B2, di mana ia didatangkan dengan kuasa 31 hp dan daya kilas 24 Nm.

Sementara Svartpilen 401 pula dikuasakan oleh enjin 373 cc yang menghasilkan 44 hp dan 37 Nm, di mana kedua-dua model didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan dan rangka trellis frame.

 


Sistem suspensi untuk kedua-dua model ini didatangkan daripada WP Apex, dengan fork 43 mm hadapan dan WP Apex Monoshock di bahagian belakang, serta jarak pergerakan suspensi sejauh 142 mm.

Sementara sistem pemberhentian diserahkan kepada brek ByBre dengan angkup empat piston cakera 300 mm dan angkup tunggal terapung cakera 230 mm dibantu dengan sistem brek ABS Bosch 9.1MB.

Kapasiti tangki bahan api pula adalah 9.5 liter, sementara ketinggian tempat duduk pula adalah sekitar 835 mm.

Harga jualan bermula dari RM24,800 sehingga RM29,800.
 

Vitpilen 401 2021


Satu-satunya model cafe racer yang dibawakan oleh Husqvarna Malaysia adalah Vitpilen 401 yang dikuasakan oleh enjin 373 cc, angka output 44 hp/37 Nm, sistem transmisi enam kelajuan dan kerangka jenis trellis frame.

Sistem suspensi adalah jenis WP Apex boleh laras dengan fork hadapan 43 mm di hadapan, dengan jarak pergerakan suspensi 142 mm, serta WP Apex Monoshock di bahagian belakang dengan jarak pergerakan suspensi 150 mm.

 


Sementara sistem pemberhentian diserahkan kepada brek ByBre dengan angkup empat piston cakera 320 mm dan angkup tunggal terapung cakera 230 mm dibantu dengan sistem brek ABS Bosch 9.1MB.

Saiz tangki bahan api adalah serupa dengan Svartpilen (9.5 liter) sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 835 mm.

Harga jualan untuk Vitpilen 401 2021 adalah dari RM29,800.

 



Bagi mereka yang berminat untuk mencari jentera enduro, Husqvarna Malaysia juga turut menawarkan barisan model yang menarik seperti:

  • TE250i - RM44,000
  • TE300i - RM48,500
  • TE300i Rockstar Edition - RM57,800
  • FE 250 - RM49,000
  • FE 350 Rockstar Edition - RM58,800
  • Motocross FC 250 - RM42,500
  • Supermoto FS 450 - RM50,000

Terdapat tiga pengedar di Malaysia seperti berikut:

Northern Region
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd
Address: 2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia.
Contact No.: +6012-583 9699

Central Region
Welly World Cycle Sdn Bhd
Address: No. 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Contact No.: +6012-519 1200

Southern Region
Wheel Riders Malaysia Sdn. Bhd.
Address: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Contact No.: +6013-290 5007 / +6012-795 4046

 

Svartpilen 250 & 401 2021


Vitpilen 401 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara penambahbaikan yang telah dibuat termasuklah meningkatkan aspek prestasi suspensi dan…