Husqvarna lancar sembilan model motocross jenis minicycle, saiz penuh

oleh Mohamad Hanif|
Husqvarna dengan bangganya mengumumkan pelancaran sembilan buah motosikal motocross untuk tahun 2021 (MY21) yang menjanjikan pengalaman tunggangan ekstrem yang lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara penambahbaikan yang telah dibuat termasuklah meningkatkan aspek prestasi suspensi dan pengendalian menerusi penambahan sistem redaman injap pertengahan terhadap fork WP XACT dengan teknologi AER untuk keselesaaan ketika mendarat selain mengurangkan tekanan untuk prestasi penyerapan yang lebih konsisten.

 

 


Selain daripada itu, penggunaan meterai bergeseran rendah mampu menawarkan respons suspensi yang lebih baik terhadap komponen WP XACT itu tadi.

Turut membantu aspek pengendalian adalah nadi empat lejang yang lebih moden dan kompak, selain menawarkan pusat graviti yang lebih ideal untuk manfaat pengendalian dan kemampuan bergerak yang lebih lincah, manakala sistem elektronik moden dan launch control menawarkan pecutan yang lebih sempurna.

 


Selari dengan perkembangan semasa, Husqvarna juga turut memperkenalkan aplikasi peranti pintar baharu Husqvarna Motorcycles, yang didatangkan dengan Connectivity Unit sebagai aksesori teknikal untuk model-model empat lejang dan juga FC 450 Rockstar Edition.

Aplikasi ini membolehkan penunggang untuk menetapkan aspek pemetaan enjin selain mendapatkan tetapan suspensi yang optimum untuk tunggangan seterusnya.

Antara tetapan yang terdapat pada aplikasi ini termasuklah dua mod enjin iaitu Prime dan Advanced yang membolehkan penunggang 'menala' kembali prestasi enjin berdasarkan keperluan tunggangan serta kondisi litar semasa.

 


Untuk mereka yang lebih menggemari motosikal enjin dua lejang, model TC Husqvarna Motorcycles direka supaya mampu menawarkan berat yang minimum, pengendalian yang lebih mudah dan prestasi pada tahap yang tertinggi.

Kesemua model MY21 dilengkapi dengan kotak gear Pankl Racing Systems, klac hidraulik daripada MAGURA manakala aspek pemberhentian pula diserahkan kepada angkup brek BREMBO.

 


Manakala untuk siri Minicycles pula, Husqvarna turut menawarkan produk yang direka khusus untuk generasi muda (TC 85, TC 65, dan TC 50), dengan penawaran spesifikasi seperti fork WP XACT dengan teknologi AER, formulasi baharu untuk komponen angkup brek, klac dan brek, serta handlebar aluminium NEKEN yang menjamin ergonomik terbaik.

Selain daripada grafik baharu, Husqvarna Minicycles juga turut didatangkan dengan pelana rekaan rata dengan pelindung yang mampu menawarkan keselesaan yang lebih baik.

 


Melengkapi penawaran motosikal untuk tahun 2021 adalah koleksi Functional Offroad Apparel yang merangkumi peralatan pelindung yang lengkap untuk penunggang dewasa dan kanak-kanak, serta tahan lasak untuk aktiviti luar.

Husqvarna juga turut menawarkan naiktaraf enjin untuk kedua-dua opsyen 2 lejang dan empat lejang, termasuklahlah roda, sistem suspensi, brek dan pelekat grafik yang boleh didapati menerusi Technical Accessories.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Menggunakan kerangka trellis chrome-molybdenum yang ringan, Norden 901 menjanjikan pengalaman…
Berita Global
Terbaharu, syarikat motosikal dari China FK Motors telah melancarkan sebuah model baharu yang…