Husqvarna E-pilen - motosikal elektrik kegunaan urban dengan rekaan Scandinavia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar motosikal dari Sweden, Husqvarna memperlihatkan sebuah model konsep motosikal berkuasa elektrik yang memberikan petunjuk kehadiran model baharu pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Husqvarna E-pilen diinspirasikan daripada rekaan motosikal sedia ada (Svartpilen dan Vitpilen), seperti posisi tunggangan menegak serta rekaan 'tangki bahan api' yang kini menempatkan modul bateri motosikal itu.

 


Ia menampilan rangka trellis ala-ala KTM, sistem penyerap hentakan tunggal di belakang, rekaan handlebar yang lebar, serta unit lampu utama berbentuk bulat.

Dalam video teaser yang diterbitkan, ia memaparkan tiga modul bateri yang boleh dicabut dan dicas secara berasingan di dalam bangunan, atau ditukarkan kepada modul bateri yang baharu yang sudah siap dicas.

 


Tiada sebarang spesifikasi berkenaan kapasiti pek bateri yang bakal dipasang, namun Husqvarna menyatakan motosikal E-pilen ini dijangka menawarkan jarak perjalanan sehingga 100 km - sesuai untuk kegunaan urban.

Dari segi kuasa, E-pilen menggunakan motor elektrik tunggal berkuasa 11 hp yang menggerakkan roda belakang menggunakan pacuan rantai.