Huruf T menjadi model 911 Carrera baharu

oleh ONNY IZWAN|
Dalam semua huruf yang pernah digunakan, huruf T memang jarang kita dengar.
Inilah huruf bagi model terbaharu Porsche 911, iaitu Carrera T atau Touring.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia dianggap sebagai versi murah 911 R - suatu model kegemaran peminat 911 terkini - dan mengambil inspirasi dari 911 T tahun 1968.

 

Ia menggunakan enjin turbo berkembar 3.0-liter enam silinder mendatar dari model Carrera biasa, dan bukan enjin motorsport yang digunakan pada 911 R. 

 

CT1

 

Walaupun begitu, ia masih sebuah Porsche yang mampu menghasilkan 370 hp dan 460 Nm tork dari 1750 rpm sehingga 5000 rpm. 

 

CT2

 

Dengan kotak gear manual, Carrera T dapat mencapai pecutan sehingga 100 kmsj dalam masa 4.3 saat, iaitu 0,1 saat lebih pantas dari 911 Carrera biasa. 

 

CT3

 

Kelajuan maksimumnya ialah 292 kmsj. Jika opsyen gear PDK diambil, ia mampu memecut ke 100 kmsj dalam masa 4.0 saat sehingga mencapai kelajuan maksimum 300 kmsj. 

 

CT4

 

Selain dari ini, Carrera T mempunyai ciri-ciri terbaik seperti PASM Sport Suspension dan stereng roda belakang. 

CT5

Untuk membezakan Carrera T dengan Carrera lain, terdapat lencana khas. grafik berwarna gelap, kemasan kerusi istimewa dan pemegang pintu dari tali. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…