Huracan Sterrato - pelancaran rasmi Disember ini, model ICE tulen terakhir dari Lamborghini

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini merancang untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang pertengahan 2030-an, dengan model EV pertama yang akan muncul pada tahun 2028.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum itu, pengeluar supercar itu dijangka akan melancarkan beberapa buah model hibrid bermula tahun 2023 dan 2024, tidak ketinggalan model yang paling laris terjual, Urus yang bakal mendapat trenkuasa hibrid pada tahun 2024.

Namun, berita yang lebih mengejutkan, Lamborghini bakal melancarkan sebuah model berorientasikan off-road menjelang akhir tahun ini, iaitu Huracan Sterrato.
 

Sterrato


Ia bukan sahaja sebuah Huracan yang direka untuk menawan laluan mencabar, akan tetapi ia juga bertindak sebagai model terakhir Lamborghini yang dibekalkan dengan enjin pembakaran dalaman tulen.

Tidak seperti Huracan biasa, varian Sterrato Concept (jalan bertanah dalam bahasa Itali) yang didedahkan sebelum ini merupakan model binaan eksklusif dengan sistem pacuan semua roda, jarak kelegaan tanah 47 mm lebih tinggi, dan trek roda 30 mm lebih panjang.

Selain itu, sudut-sudut pendekatan dan pelepasan juga telah ditambah baik masing-masing sebanyak 1 dan 6.5 peratus.
 

Huracan


Untuk memudahkan pengendalian, Huracan Sterrato dibekalkan dengan sistem stereng gandar belakang.

Akhir sekali, Huracan Sterrato ini dipasangkan dengan tambahan lampu LED serta rak bumbung untuk membawa muatan tambahan sewaktu melakukan aktiviti lasak.

Difahamkan, Lamborghini bakal mendedahkan Huracan Sterrato secara rasmi pada awal Disember tahun ini bertempat di Miami Beach.
 

huracan


Dalam satu laporan berbeza oleh Auto Express, model pengganti Huracan pula dijangka akan muncul pada lewat tahun 2024 dengan membawakan trenkuasa V10 bantuan hibrid, namun ia tidak lagi menggunakan platform Audi R8.

Sebaliknya, CEO Stephan Winkelmann mengesahkan model baharu itu bakal mempunyai kaitan rapat dengan generasi baharu Aventador, bermakna ia akan menggunakan platform Lamborghini sepenuhnya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …