Huracan bertukar warna - pemilik ini saman pengedar Lamborghini RM1.7 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu tuntutan mahkamah yang dibuat di Quebec Superior Court, seorang lelaki dan anaknya menyaman pengedar Lamborghini Montreal dengan nilai $416,000 (RM1.7 juta) kerana kualiti cat Lamborghini Huracan Spyder.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Caligaro Caruso, pemilik kepada Lamborghini Huracan Spyder putih yang bernilai $350,000 (RM1.4 juta) termasuk cukai itu pudar warnanya kepada warna kuning hanya setelah beberapa hari supercar itu keluar dari bilik pameran. 

Apa yang aneh, Caruso tersebut didakwa telah menggadaikan rumahnya demi membelikan anaknya jentera tersebut atas alasan ia merupakan impiannya untuk memiliki sebuah kereta mewah pada Julai 2017.

Menurut bos pengedar Lamborghini tersebut, John Scotti mengatakan bahawa warna cat putih tersebut mampu bertukar menjadi sedikit kekuningan di bawah sinaran mentari. 
 


Namun plaintif menolak alasan tersebut dengan mengatakan ia masih kekal kuning walaupun setelah diparkir di dalam garaj. 

Caruso kemudian memulangkan kembali Huracan Spyder itu pada Ogos 2018, setahun selepas pemilikan.

Namun malangnya, beliau tetap perlu membayar pembiayaan Huracan Spyder termasuklah insurans dan cukai yang berkaitan, ini kerana pengedar tersebut enggan membayar ganti rugi yang dipinta akibat Huracan yang bertukar warna tersebut...

Sumber: Drive Tribe

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, bubuh sahaja enjin yang berkuasa di dalam kereta famili, dan anda akan dapat melihat lebih…
Berita Global
Menurut agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), masalah ini melibatkan klip…
Berita Global
Ini kerana pengeluar dari Sant'Agata Bolognese itu tampil dengan sebuah lagi jentera Huracan pacuan…