Hummer kembali mengganas - trak pikap eletrik 1,000 kuasa kuda, 11,500 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Hummer yang kita kenali sebagai barisan SUV yang besar gedabak dan kuat pelahap bahan api kini sudah dibangkitkan kembali oleh GM sebagai sebuah trak pikap berkuasa elektrik sepenuhnya di bawah GMC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pengenalan baharu ini, Hummer EV merupakan kenderaan elektrik pertama dan juga trak pikap elektrik pertama yang hadir daripada jenama GMC. 

Setakat ini, hanya spesifikasi ringkas diketahui seperti 1,000 kuasa kuda, daya kilas sebesar 15,591 Nm (!) dan keupayaan untuk memecut 0-100 km/j dalam masa tiga saat. 

GMC akan memperlihatkan Hummer baharu ini secara rasmi pada hari Ahad bersempena dengan Super Bowl dengan tag nama "Quiet Revolution". 

Pelancaran rasmi pula dijadualkan pada 20 Mei, 2020 dan fasa penjualan bermula pada tahun 2021. 

Trak pikap elektrik Hummer ini akan dipasang di kilang GM Detroit-Hamtramck. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Drive, kos sebenar penggantian untuk satu unit lampu belakang adalah…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, media tempatan melaporkan Dongfeng mahu membangunkan model Warrior…
Berita Global
Ini kerana untuk tempoh suku keempat tahun 2021 (Q4 2021), General Motors sekadar menjual sebanyak…