Hummer H2 hangus terbakar, pemandu dan penumpang selamat

oleh SALINA JALIL|
Dua individu hampir terbakar apabila sebuah SUV pacuan empat roda mewah, Hummer H2 dinaiki mereka mengeluarkan asap di bahagian bawah sebelum terbakar di Plaza Tol Seafield menghala Subang Jaya, Lebuhraya Utara Selatan di sini petang semalam.


Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri apabila keluar daripada kenderaan berkenaan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.12 petang sebelum anggotanya daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba kira-kira 19 minit kemudian.

 

Katanya, jip berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 30-an bersama seorang penumpang wanita.

 

“Kedua-dua mangsa bertindak keluar daripada kenderaan terbabit untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari kepulan asap dari bawah kenderaan itu.

 

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 90 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan.

 

 

 

 

-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Fadzil Mohamad, mengesahkan kejadian itu,…
Berita Global
Ia juga merupakan salah satu kereta Ferrari yang memiliki rekaan yang agak menarik untuk sebuah…