Hummer EV tampil dengan ciri pemanduan pedal tunggal khusus untuk off-road!

oleh Mohamad Hanif|
Ciri pemanduan pedal tunggal bukanlah satu ciri yang asing bagi para pengguna kenderaan elektrik, di mana dengan hanya satu pedal sahaja anda boleh memecut, nyahpecut serta memberhentikan kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ciri tersebut nampaknya bakal ditampilkan pada model SUV Hummer EV di mana GM menyatakan pemanduan pedal tunggal tersebut akan disesuaikan untuk mod pemanduan off-road.

Menurut ketua jurutera pembangunan Hummer EV Aaron Pfau menjelaskan, "'Terrain Mode One-Pedal Driving' ini tidak sekadar menggunakan sistem brek regeneratif, akan tetapi ia turut menggunakan brek geseran bagi memudahkan kawalan.

"Ia menggandingkan kawalan yang lebih meyakinkan dan seimbang daripada daya kilas yang ditawarkan oleh trenkuasa elektrik dan brek bagi menawarkan tahap modulasi yang berbeza daripada kenderaan berenjin petrol atau diesel, serta mampu menawan apa jua bentuk muka bumi dengan lebih lancar.

 


Selain daripada ciri pemanduan pedal tunggal itu tadi, Hummer EV juga akan dilengkapi dengan sistem bunyi tersendiri bagi mewujudkan ilusi trenkuasa yang sedang bekerja, memandangkan sifat trenkuasa elektrik itu sendiri tidak menghasilkan sebarang bunyi.

Dengan menggunakan teknologi yang digelar sebagai 'Bose Electric Vehicle Sound Enhancement Technology', Hummer EV akan memainkan alunan bunyi gorengan gitar yang diinspirasikan daripada sukan Formula E.

Ciri ini akan ditawarkan menerusi mod launch control Watts To Freedom (WTF), di mana ia disifatkan oleh Pfau sebagai 'pengalaman deria mendalam yang membolehkan anda bersentuhan secara langsung dengan kenderaan'.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Drive, kos sebenar penggantian untuk satu unit lampu belakang adalah…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, media tempatan melaporkan Dongfeng mahu membangunkan model Warrior…
Berita Global
Ini kerana untuk tempoh suku keempat tahun 2021 (Q4 2021), General Motors sekadar menjual sebanyak…