Hummer EV SUV - penyambung legasi Hummer H2 dengan trenkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lalu GM telah memperlihatkan secara rasmi trak pikap elektrik GMC Hummer EV dengan angka output 1,000 hp, dan ia disusuli dengan pengenalan Hummer EV versi SUV yang bakal meneruskan legasi Hummer H2 dan H3 yang terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti versi trak pikap, Hummer EV SUV menampilkan bahagian hadapan yang lebih moden, dimulakan dengan lampu utama yang nipis, rekaan gril beriluminasi, serta pemasangan skid plate pada bampar hadapan.

Ciri Infiniti Roof turut diteruskan pada Hummer EV SUV ini serta nemapilkan Sky Panels yang boleh dibuka dan disimpan di dalam ruang storan hadapan 'frunk' sebelum diakhiri dengan kehadiran tayar simpanan bersaiz penuh di bahagian belakang.

 


Sementara ruang kabin juga turut mengekalkan elemen rekaan yang sama pada kembar 'trak pikapnya' seperti skrin kluster instrumen 12.3 inci, skrin infotainmen 13.4 inci, sistem konsol tengah terapung, serta sistem pemanduan semi-autonomi Super Cruise yang membolehkan SUV Hummer EV ini dipandu tanpa input tangan sejauh 321,869 km atas jalan raya Amerika Syarikat dan Kanada.

Perincian varian GMC Hummer EV SUV adalah seperti berikut:

1. Hummer EV2

  • Motor elektrik berkembar, 625 hp/10,033 Nm
  • Pek bateri 16-module
  • Jarak operasi 402 km
  • Pecutan 0-96 km/j tidak diketahui
  • Opsyen pek bateri 20-module dengan jarak operasi mencecah 483 km
  • Mula dijual 2024

2. Hummer EV2X

  • Motor elektrik berkembar, 625 hp/10,033 Nm
  • Pek bateri 20-module
  • Jarak operasi 483 km
  • Pecutan 0-96 km/j tidak diketahui
  • Terdapat opsyen pakej Extreme Off-Road
  • Mula dijual 2023

 

 


3. Hummer EV3X

  • Tiga motor elektrik, 830 hp/15,592 Nm
  • Pek bateri 20-module
  • Jarak operasi 483 km
  • Pecutan 0-96 km/j dalam 3.5 saat
  • Opsyen Extreme Off-road Package
  • Mula dijual 2023

4. Hummer EV SUV Edition 1

  • Tiga motor elektrik, 830 hp/15,592 Nm
  • Pek bateri 20-module
  • Jarak operasi 483 km
  • Pecutan 0-96 km/j dalam 3.5 saat
  • Mula dijual seawal 2023

Pakej Extreme Off-Road (tambahan $5,000) yang disebutkan di atas menambah beberapa ciri seperti rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar off-road 35 inci, rock sliders, perlindungan bawah badan, differential eLocker, serta sistem UltraVision yang bertindak sebagai sistem kamera off-road.

Harga jualan untuk Hummer EV  bermula dari $79,995 untuk varian asas 2 sementara varian Edition 1 pula bermula dari $105,595, di mana pemilik akan disajikan dengan penawaran hampir 200 aksesori yang boleh dipilih.