Hummer EV habis terjual, tapi masih lagi tiada model sebenar!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, model trak pikap elektrik terbaharu dari GMC, Hummer EV Edition 1 sudah pun habis terjual, namun syarikat tersebut sebenarnya masih lagi tiada model sebenar?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya benar, kesemua unit Hummer EV Edition 1 sudah pun habis ditempah oleh pelanggan yang berminat, dan ia merupakan unit yang dijadualkan untuk tempoh produksi tahun pertama.

Namun, fakta yang lebih mengejutkan, disebalik video aksi Hummer EV 'melayan' laluan yang mencabar, GM sebenarnya tidak mempunyai model Hummer EV yang benar-benar berfungsi, buat masa ini.

Menurut ketua jurutera Al Oppenheiser mengakui, "untuk menjadikan cerita lebih menarik, kami sebenarnya tidak mempunyai model Hummer EV yang sebenar. Apa yang anda perhatikan dalam video sebenarnya merupakan kenderaan pameran sahaja!"

 


Walaupun hal ini bakal mengejutkan sesetengah pihak, adalah menjadi kelaziman bagi sesetengah syarikat pemula dan syarikat automotif untuk mempamerkan kenderaan masa hadapan tanpa membangunkannya terlebih dahulu.

Pun begitu, spesifikasi Hummer EV agak mengkagumkan untuk sebuah jenama yang dahulunya dikenali menghasilkan kenderaan 'pelahap' bahan api.

Trenkuasa elektrik Hummer EV terdiri daripada tiga motor elektrik dengan kuasa setinggi 1,000 kuasa kuda dan daya kilas 15,592 Nm, membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa tiga saat, dan jarak operasi sejauh 563 km untuk sekali caj penuh.

Jika kurang berminat dengan kuasa kuda yang sangat gila itu, anda boleh mendapatkan varian asas dengan trenkuasa motor elektrik berkembar menghasilkan 625 hp dan 10,033 Nm (masih gila!) namun dengan jarak operasi sejauh 402 km sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
EMCV ini secara asasnya merupakan sebuah GMC Hummer EV yang telah dibogelkan, dengan beberapa…
Berita Global
Namun, salah satu model ikonik mereka yang dijelmakan semula pada tahun 2020, pikap GMC Hummer EV…
Berita Global
Pada awal bulan November, seorang YouTuber yang dikenali dengan nama Mondi telah mengambil kunci…