Human Horizons perkenal HiPhi 1 - SUV EV dengan teknologi pintar 5G

oleh Mohamad Hanif|
Di China, rasanya sudah terlalu banyak syarikat pemula yang ingin menceburi bidang kenderaan elektrik, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan lebat.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Mungkin jika kami jadi media automotif di sana, setiap bulan kami akan mengiklankan jawatan kerja kosong akibat kekurangan staff untuk mengemaskini setiap berita yang dilaporkan..

Terbaharu, sebuah lagi syarikat EV, Human Horizons telah bersedia untuk memperkenalkan prototaip kereta elektrik, dikenali dengan nama HiPhi 1. 

 


Dikelaskan sebagai sebuah SUV enam tempat duduk premium, HiPhi 1 dilihat menyerupai EV Faraday Future FF91 yang sehingga kini masih tidak timbul-timbul berita mengenainya. 

Dari segi reka bentuk, HiPhi 1 membawakan elemen masa hadapan seperti "light processing headlights" dan skrin paparan "intelligent signal display".

Uniknya, pada pintu belakang yang digelar sebagai NT, ia merupakan gabungan fungsi antara pintu suicide dan juga gullwing, di mana pintu utama dibuka ke belakang manakala sebahagian daripada bumbung dibuka ke atas. 
 


Manakala ruang dalaman pula tampil dengan beberapa skrin paparan yang cukup besar menguasai papan pemuka, dan sebuah skrin khas khusus buat penumpang hadapan menonton drama kegemaran ketika di dalam perjalanan. 

Tempat duduk juga nampak mewah dengan penggunaan kulit berliang yang menawarkan keselesaan yang tiada bandingan untuk kesemua enam kerusi. 
 


Dari segi penawaran teknologi pula, HiPhi 1 didatangkan dengan sistem pemanduan semi autonomi Tahap Ketiga, teknologi 5G V2X (Vehicle-to-Anything) dan sistem jaringan data berkelajuan tinggi yang dikawal oleh empat kawalan domain super dan enam platform perkomputeran. 

Secara keseluruhannya, terdapat kira-kira 500 unit sensor yang mendiami sebuah EV yang pintar ini. 

HiPhi 1 akan ditawarkan dalam konfigurasi pacuan roda belakang (motor elektrik tunggal) dan pacuan semua roda (motor elektrik berkembar) mengikut laporan daripada Autocar. 
 


Untuk versi AWD yang didatangkan dengan motor elektrik berkembar, setiap satunya mampu menjana 268 kuasa kuda dan menghasilkan pecutan sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j.

Kuasa elektrik pula diperoleh daripada pek bateri yang berbilang kapasiti  dan mengikut data kitaran NEDC, HiPhi 1 dengan spesifikasi premium (pek bateri 96 kWh) mampu berjalan sejauh 644 km untuk sekali cas penuh. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada…
Berita Domestik
Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata, "Kejayaan smart #1 tidak hanya…
Pelancaran
Kehadiran model baharu itu dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran barisan model EV Mercedes-Benz…