Hukuman penjara 20 tahun ke atas pemandu mabuk!

oleh SALINA JALIL|
Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.
Modenas

 

Beliau berkata Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu yang membuat kesalahan tersebut.

 

“Saya serahkan kepada MOT untuk ambil langkah menggubal undang-undang di Dewan Rakyat. Mereka yang cuai atau mabuk kenalah ambil tanggungjawab dan pastikan diberi hukuman setimpal sekiranya didapati bersalah,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), di sini hari ini.

 

Pada 29 Jan lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.

 

Loke dilaporkan berkata ia melibatkan pindaan tiga seksyen di bawah  APJ 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45.

 

Pada masa ini, pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

 

Ditanya mengenai cadangan pihak tertentu supaya pemandu mabuk yang membabitkan kemalangan maut didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat, Liew berkata, kesalahan jalan raya adalah tertakluk di bawah APJ 1987.

 

Menurutnya,  ia terpulang kepada budi bicara mahkamah selepas meneliti hujahan pihak pendakwa raya.

 

Admin Careta berharap kerajaan dan pihak berkuasa serta pihak mahkamah bertindak tegas dalam isu ini dan sekiranya ditambah dengan hukuman sebatan, ia pasti mendatangkan keinsafan! Hukuman wang ringgit tidak memudaratkan kerana wang ringgit boleh dicari tetapi maut atau kecacatan seumur hidup tiada kompromi!

 

 

 

-- BERNAMA

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata,…
Berita Domestik
Di bawah ialah antara pindaan yang dibincangkan. 1. Memandu dalam keadaan mengantuk hingga…
Berita Global
Ia mengundang bahaya terutama kepada pengguna jalan raya yang memandu kenderaan pada malam atau…