Hukuman memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dinaikkan, denda minima RM50,000, penjara 5 tahun dan lesen memandu dibatalkan sehingga 10 tahun

oleh SALINA JALIL|
Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dibaca kali pertama di Dewan Rakyat semalam, selari hasrat kerajaan menjadikan jalan raya di negara ini lebih selamat digunakan orang ramai.


Pindaan membabitkan 15 fasal utama dan menyentuh 13 Seksyen Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) itu dibentang selepas diluluskan Kabinet, pada 17 Julai lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata antara pindaan utama adalah ke atas hukuman sedia ada, membabitkan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen memandu.

 

Selain itu, katanya, hukuman itu berbentuk pencegahan dan pengajaran supaya orang ramai mematuhi semua peraturan jalan raya, seterusnya meningkatkan tahap keselamatan lalu lintas.

 

"Pindaan daripada Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta 333 adalah komitmen kerajaan memastikan tindakan tegas bagi kesalahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara melulu, termasuk merempit dan memandu gila-gila (melulu).

 

"Ada kata kementerian sasar pemandu mabuk sahaja, sedangkan ini semua (kesalahan) sasaran kita. Semua isu keselamatan pengguna jalan raya diberi perhatian kerana mahu menjadikan jalan raya kita selamat.

 

"Kita mahu menjaga keselamatan rakyat sebab itu kena tegas. Justeru, pemandu jangan cuba dan jangan mahu cabar (dengan melakukan kesalahan berkenaan)," katanya pada sidang media selepas taklimat RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

 

Kabinet pada 24 Jun lalu, dilapor bersetuju meminda Seksyen 41 hingga 45 Akta 333 secara khusus bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu.

 

Ka Siong berkata, kesalahan bagi memandu dalam keadaan mengantuk hingga menyebabkan kemalangan atau kematian pengguna jalan raya lain tidak terkecuali dan dikategorikan sebagai pemanduan secara melulu atau berbahaya.

 

Kempen kesedaran dan aktiviti pendidikan berkaitan corak pemanduan selamat digerakkan selaras RUU itu, selain berbincang dengan pengendali perkhidmatan e-hailing mengenai pemandu upahan pada waktu malam bagi individu mabuk.

 

accident mabuk

 

 

Terdahulu, beliau berkata, pindaan Seksyen 44 Akta 333 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol dinaikkan antara 10 hingga 15 tahun, denda minimum RM50,000 atau maksimum RM100,000, selain hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun, bagi sabitan pertama.

 

Pindaan mencadangkan hukuman penjara antara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000 serta hilang kelayakan lesen bagi tempoh 20 tahun, untuk kesalahan seterusnya.

 

Seksyen 41 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya memperuntukkan hukuman penjara antara lima ke 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun, bagi sabitan pertama.

 

Pindaan itu mencadangkan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 ke RM100,000 atau hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan berikutnya.

 

RUU itu juga meminda Seksyen 45A iaitu memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang mencadangkan penjara maksimum dua tahun, denda RM10,000 hingga RM30,000 dan hilang kelayakan lesen selama dua tahun, bagi kesalahan pertama.

 

Pesalah boleh dipenjara minimum lima tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen lebih lima tahun, bagi sabitan berikutnya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini,…
Berita Domestik
  Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu…
Berita Domestik
  Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 3.2, Jalan Pantai dari arah Teluk Kemang menghala ke Lukut…