HSDM mulakan operasi pusat servis, lancar program lanjutan jaminan Hyundai C A R E

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memulakan semula operasi kesemua pusat servis bermula 20 April 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pada ketika ini, pihak HSDM hanya membenarkan kehadiran beberapa orang pelanggan dan petugas sahaja pada satu-satu masa, dan tiada sebarang pelanggan walk-in dibenarkan hadir.

Tempahan slot servis boleh dibuat dengan menghubungi pusat servis Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) secara terus menerusi nombor talian yang tertera di bawah:

Ara Damansara, Petaling Jaya (03-7628 2500)
Old Klang Road, Kuala Lumpur (03-7984 5388)
Skudai, Johor (07-2340 714)
Ipoh, Perak (05-2533 399)
Prai, Penang (04-3997 788)
Georgetown, Penang (04-2811 210)

Operasi pusat servis akan dihadkan dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja dan 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari pada hari Sabtu, kecuali outlet di Georgetown dan Prai yang akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja dan 9.00 pagi sehingga 2 petang pada hari Sabtu.
 


Selain daripada itu, HSDM turut melancarkan program lanjutan jaminan Hyundai C A R E Warranty Extension Programme yang melanjutkan tempoh jaminan asal yang sepatutnya tamat pada bulan Mac dan April, selari dengan polisi yang dilaksanakan di seluruh dunia.

Hyundai C A R E memastikan kenderaan Hyundai yang tamat tempoh waranti antara 18 Mac dan 28 April 2020 menerima lanjutan tempoh sehingga 31 Mei 2020, namun sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan, tambahan 30 hari akan diberikan bermula dari tarikh akhir PKP ditamatkan.

Antara perkara yang dilindungi oleh Hyundai C A R E merangkumi:

  • kenderaan yang tidak menjalani servis penyelenggaraan berkala akibat PKP
  • waranti kenderaan yang tamat ketika tempoh PKP (18 Mac-28 April) akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020
  • waranti kenderaan yang tamat ketika tempoh PKP (28 April ke atas) akan dilanjutkan sehingga 30 hari daripada tarikh tamat PKP
  • kenderaan yang mengalami kelewatan servis akibat PKP - kereta perlu dihantar servis dalam masa 30 hari dari tarikh akhir PKP bagi memastikan kesahihan jaminan
  • semua jaminan yang telah diluluskan untuk penggantian komponen ketika tempoh PKP

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyundai.com.my atau hubungi Customer Care Line di 1300-13-2000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…