HQ Hyundai Asia Pasifik di Malaysia ditutup, pindah operasi ke Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, Hyundai Motor Corporation (tiada kaitan dengan Hyundai-SDM) sebenarnya mempunyai sebuah pejabat tersendiri yang terletak di Muttiara Damansara, bersebelahan dengan Ingrese Swede Automobile.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fasiliti yang dibuka pada tahun 2015 tersebut bukan sahaja menempatkan Akademi Latihan Hyundai yang menjadi lokasi tumpuan kepada aktiviti latihan jualan dan selepas jualan di rantau Asia Pasifik, malah ia juga bertindak sebagai ibu pejabat Hyundai Motor di rantau tersebut.

Namun, beberapa hari yang lalu laman Wapcar telah mendapat informasi berhubung penutupan kekal Akademi Latihan Hyundai menjelang akhir tahun ini dan memindahkan operasi ke negara jiran, Indonesia.

Ini secara tidak langsung memberikan satu tamparan buat Malaysia yang sebelum ini bercita-cita menjadi sebagai hab automotif serantau Asia Tenggara.

Kesan daripada penutupan ini, kebanyakan pekerja di fasiliti tersebut telah pun dihentikan dan sebilangan daripada mereka yang masih kekal akan turut meninggalkan jawatan setelah penyerahan kepada pasukan Indonesia lengkap pada akhir tahun ini.

 


Kenapa Indonesia, dan bukan Malaysia lagi?

Kita banyak dimomokkan dengan pelbagai jenis akronim yang bombastik seperti kenderaan generasi baharu (NxGV), Automated and Autonomous Connected Vehicle (AACV), serta kenderaan cekap tenaga (EEV) menerusi Dasar Automotif Nasional 2020 yang lalu.

Namun hakikatnya, banyak pengeluar yang sudah pun mula menghentikan pelaburan di Malaysia dan memfokuskan kepada negara jiran, Indonesia memandangkan presidennya memberikan komitmen untuk mempromosikan kenderaan elektrik di sana.

Berdasarkan laporan terdahulu, Hyundai telah mengesahkan pelaburan bernilai $1.55 billion untuk pasaran Indonesia sehingga 2030 yang turut merangkumi pembinaan fasiliti yang mampu memproduksikan sehingga 250,000 unit kenderaan setahun di Bekasi, Jakarta dan bakal memulakan produksi menjelang tahun 2022.

 


Dengan Indonesia yang kini menjadi hab produksi untuk rantau Asia Tenggara, langkah untuk memindahkan operasi serantau serta pusat latihan di Indonesia dilihat lebih masuk akal berbanding mengekalkan operasi di Malaysia.

Selain daripada Hyundai, beberapa syarikat besar dunia seperti Toyota, Panasonic, CATL dan LG Chem juga berminat untuk melabur bagi merancakkan lagi industri kenderaan elektrik di Indonesia.

Apa yang tinggal untuk Malaysia?

Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasiliti yang turut menempatkan McLaren Technology Centre, McLaren Production Centre, dan McLaren…
Berita Global
Sebagai makluman, Lotus Engineering telah pun wujud semenjak 40 tahun yang lalu dan telah pun…
Berita Global
Malah, McLaren telah mengupah sebuah syarikat hartanah Colliers untuk mencari pembeli yang sesuai…