Hoversurf - motosikal dron quadrotor, halaju maksimum 96 km/j, harga dari RM628k!

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal terbang quadrotor daripada Hoversurf ini dikhabarkan sudah boleh ditempah bagi mereka yang berhati kering serta inginkan cabaran di dalam arena tunggangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hoversurf sebelum ini pernah digunakan oleh anggota polis Dubai bagi menjalankan tugas-tugas meronda secara rasmi di kawasan perbandaran Timur Tengah tersebut. 

Dengan binaan daripada gentian karbon dan konfigurasi quadrotor pada keempat-empat penjuru tanpa sebarang pelindung, ia hanya seberat 140 kg dan mampu mencapai kelajuan maksimum 96 km/j mengikut berat badan penunggang. 
 


Bergantung kepada cuaca dan keadaan tunggangan, Hoversurf ini mampu beroperasi selama 25 minit sahaja, manakala mod dron pula membolehkan ia mencapai masa terbang maksimum selama 40 minit. 

Hoversurf S3 ini menggunakan bateri jenis lithium manganese nickel (LiNiMnCoO2) berkapasiti 12.3 kWh yang mampu dicas penuh dalam masa 2.5 jam dengan ciri pengecasan pantas disertakan. 

 


Pihak Hoversurf telah membuka tempahan bagi mereka yang ingin memiliki motosikal dron ini pada tanda harga bermula dari US$150,000 (RM626,686++) dengan wang pendahuluan berjumlah US$10,000 (RM41,777) dan masa menunggu dari dua sehingga enam bulan. 
 


Sanggupkah anda menanggung risiko keselamatan diri dalam mengharungi kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur dengan menunggang motosikal dron ini?

Sumber: Hoversurf daripada Amanz

Berita Berkenaan

Berita Global
Manakan tidak, struktur kipas yang tidak mempunyai sebarang perlindungan terhadap penunggang…