HotWheels tunda pelancaran model Cybertruck

oleh HEZERI SAMSURI|
Sama seperti Tesla, HotWheels juga terpaksa menunda pelancaran model skala untuk Cybertruck.

Menurut Bloomberg, syarikat Mattel berkata isu berkaitan pengeluaran memaksa mereka untuk menangguhkan penghasilan Cybertruck mainan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mattel turut berkata mereka telah menghubungi semua yang telah menempah model skala Cybertruck itu dan berkata ia akan hanya siap seawal bulan Mei 2021. 

 

 

Februari lalu Mattel menunjukan dua varian Cybertruck kepada umum - skala 1:64 dengan kawalan radio berharga US$20 dan skala 1:10 juga dengan kawalan radio berharga US$400.

Kedua-dua varian itu sudah habis dijual di laman web HotWheels. Yang pasti, varian Hotwheels akan muncul dahulu sebelum Cybertruck sebenar akan dikilangkan, jika benar Tesla mampu menghasilkannya.

Untuk peminat HotWheels Malaysia yang tidak dapat menempah model ini, Careta cadangkan ambil kotak kasut dan buat satu kerana bentuk Cybertruck ini seperti dihasilkan di tadika sahaja.

* Berita penuh di Cnet.com

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia, kilang itu mempunyai kapasiti pengeluaran…
Gaya Hidup
Kali ini Careta bertemu secara online dengan Shahrullizam Heshak, 38, anak Mersing yang kini…
Gaya Hidup
Seingat penulis, ini merupakan kali pertama HotWheels menghasilkan sebuah model skala sebuah…