HotWheels hasilkan model skala Subaru Impreza 22B STi!

oleh Mohamad Hanif|

Seingat penulis, ini merupakan kali pertama HotWheels menghasilkan sebuah model skala sebuah jentera ikonik Subaru Impreza 22B STI. 

Sebelum ini, HotWheels sudah pun mengabadikan beberapa jentera Impreza dalam bentuk skala 1:64, iaitu Impreza WRX sedan generasi kedua dan Impreza WRX hatchback generasi ketiga.

Untuk memiliki model 22B, anda perlu melihat kepada pengeluar yang lain, seperti Tomica Premium atau RealToy (entah wujud lagi ke tidak jenama ini). 
 


Melihatkan kepada gambar yang diperoleh daripada JNC, pasukan pereka HotWheels telah memberikan butiran yang sangat teliti pada model skala 22B ini. 

Lihat sahaja pada logo STI berwarna merah jambu di gril hadapan menyerlahkan lagi penampilan front fascia model ikonik itu. 

Untuk menterjemahkan model nyata kepada model skala agak sukar, seperti penampilan fender lebar dan skirt sisi, namun para pereka HotWheels berjaya menjadikannya satu realiti dalam dunia miniatur. 
 


Subaru Impreza 22B ini merupakan model pertama yang akan dilancarkan dalam koleksi HW 2020 dengan penampilan warna biru mica dan sport rim keemasan. 

Sudah tentu ia akan menjadi rebutan di kalangan para pengumpul dan juga scalpers yang sanggup menjualnya kembali dengan harga tidak masuk akal. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proton Saga bukan sekadar sebuah kereta, tetapi simbol kebanggaan dan kemajuan rakyat Malaysia yang…
Berita Global
Isu ini timbul selepas CEO Mattel, Ynon Kreiz, dalam satu wawancara bersama CNBC, menyatakan…
Berita Domestik
Sebagai kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia, kilang itu mempunyai kapasiti pengeluaran…