Hot Wheels Premium bawakan Toyota Starlet KP61!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat Hot Wheels, serta pengumpul model JDM secara khususnya pasti bergembira dengan kehadiran barisan model-model klasik Toyota yang bakal ditawarkan menerusi siri Hot Wheels Car Culture.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menerusi hantaran dari laman Facebook 1 Stop Diecast, laman tersebut telah pun membuka sesi pra-tempahan bagi satu set yang terdiri daripada lima unit kereta-kereta model berskala 1:64 daripada Toyota.

Salah satu model yang menarik perhatian sudah pasti Toyota Starlet KP61 1981, atau lebih dikenali dengan Starlet kambing oleh otai olskool.

Bagi mereka yang tidak tahu, Starlet KP digelar sebagai kambing kerana ia mempunyai logo kepala kambing gunung pada bahagian stereng.

Baca: Starlet Kambing - Apa yang perlu anda tahu?

Toyota Starlet generasi kedua dihasilkan pada tahun 1978 hingga 1983 di mana ia merupakan model Starlet terakhir yang menggunapakai konfigurasi enjin hadapan dan pacuan roda belakang (FR) walaupun dihasilkan dalam versi hatchback.

Selain daripada Starlet KP61, set ini juga turut menampilkan jentera klasik Toyota 2000GT, Toyota Pickup Truck tahun 1987, Toyota Land Cruiser FJ60, serta model kegemaran ramai - Toyota Supra Mk4!

Kami yakin, tidak lama lagi golongan penjual HW di Malaysia pasti akan membuka pra-tempahan bagi set Hot Wheels Premium ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…
Berita Domestik
Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual…