Hot Wheels lancar siri Japan Historics 3 di Art of Speed 2019

oleh Mohamad Hanif|
Art of Speed membuka tirai acara tahunannya kali ini dengan pelancaran rasmi siri Japan Historics 3.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Upacara pengenalan rasmi siri yang paling dinanti-nantikan itu disempurnakan oleh pengasas Art of Speed, Asep dan diiringi oleh Steve Vandervate sebagai Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels. 

 

Siri Japan Historics 3 ini akan mula dipasarkan pada tahun 2020 dan ia terdiri daripada lima buah kereta seperti: 

  • Nissan Skyline R30
  • Honda City Turbo II
  • Mazda Cosmo Sport
  • Nissan Silvia generasi pertama 
  • Datsun Sunny pickup


Selain daripada itu, turut dipamerkan dua buah model kereta berskala penuh yang diinspirasikan daripada model Hot Wheels seperti Nissan Skyline R31 yang diterbangkan khas dari Brunei dan juga sebuah Honda City Turbo II hatchback. 

Hot Wheels juga turut menjual barisan model berskala kecilnya di booth bertempat di Hall A dan anda dijemput untuk memeriahkan acara dua hari Art of Speed 2019 ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…