Hot Wheels lancar Batmobile RC skala 1:10, harga dari RM419

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang tayangan perdana filem terbaharu Batman pada 4 Mac ini, Hot Wheels baru-baru ini melancarkan sebuah model kereta kawalan jauh (RC) The Original Batmobile skala 1:10.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tempahan rasmi sudah pun dibuka hari ini (24 Februari).
 

RC


The Original Batmobile ini merupakan replika sebenar kepada kereta yang dipandu oleh Dark Knight, selain menampilkan unit lampu depan dan belakang yang berfungsi (serta lampu pada ekzos jet), suspensi yang berkeupayaan untuk menawan apa jua laluan, serta alat kawalan berbentuk pistol.

Dengan konfigurasi pacuan roda belakang, Batmobile RC ini mampu mencapai kelajuan sehingga 16 km/j dan boleh dimainkan terus menerusi selama 20 minit untuk sekali cas penuh.
 

RC


Disebabkan saiznya yang agak besar, anda boleh memuatkan patung aksi figura Batman bersaiz tujuh inci di dalam 'ruang kabin' Batmobile ini tanpa sebarang masalah.

Harga jualan bermula dari $100 (RM418.80) dan boleh didapati menerusi laman web Mattel Creations.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…