Hot Wheels dedah imej prototaip Honda Civic EG

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, pasukan Hot Wheels giat dan aktif memperkenalkan barisan model diecast yang menarik untuk dikumpul saban tahun. 

Jika hari itu kita sudah melihat sebuah Subaru Impreza 22B yang sudah diabadikan dalam bentuk kereta tiga inci, kali ini ketua pereka Hot Wheels, Ryu Asada membawakan sebuah lagi model ikonik dari Jepun, iaitu Honda Civic EG. 
 


Ini bukanlah kali pertama pasukan Hot Wheels memperkenalkan model klasik Civic kerana sebelum ini terdapat model Civic EF yang turut menjadi rebutan para pengumpul. 

Namun begitu, menurut Ryu Asada Honda Civic EG ini masih lagi dalam fasa prototaip dan rim 10-spoke yang dipasang akan digantikan dengan rekaan rim yang lebih sporty. 
 


Ternyata pasukan pereka Hot Wheels kali ini lebih banyak mencurahkan usaha bagi menjadikan model diecast ini lebih teliti butirannya jika diperhatikan daripada mana-mana sudut. 

Tidak sabar untuk kita lihat hasil akhir eksperimentasi Ryu Asada terhadap model ikonik ini, dan juga bagaimana harga akhir di pasaran yang mampu menimbulkan kemarahan di kalangan pengumpul tegar. 

Sumber: HW Dream Team menerusi Japanese Nostalgic Cars

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…