Horus - Jenama premium hasil anak Yan, Kedah

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama filem penghadang haba automotif ialah antara aksesori wajib untuk pemilik kenderaan di Malaysia.

Ini ialah disebabkan cuaca bersuhu tinggi yang bukan setakat menyebabkan pemandu dan penumpang kurang selesa, ia juga menyebabkan pendingin hawa bekerja dengan lebih keras dan meningkatkan penggunaan bahan api.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti produk lain, filem penghadang haba datang dalam pelbagai jenama dan kualiti. Antara yang popular untuk pemilik kenderaan premium di kawasan Lembah Klang ialah Horus. 

Ramai tak tau, jenama Horus ini sebenarnya adalah jenama tempatan (sama seperti raai tak tahu yang V-Kool itu asalnya dari Indonesia).

Walaupun jenamanya tempatan, produk filem penghadang haba Horus diimport dari kilang di Jerman. 

 

 

Careta berjumpa dengan pemiliknya, Azmi Ismail, 38 tahun. Dilahirkan di Yan, Kedah, Azmi memiliki ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal dari UiTM.

Menurut Azmi, kilang filem penghadang haba bukannya ada di merata-rata dunia.

"Hanya ada beberapa negara yang membuatnya dan produk dari Jerman ini adalah antara yang terbaik dalam pasaran global," terang beliau.

"Walaupun dibuat di Jerman, rekaan filem ini mengikut spesifikasi yang kami syorkan agar sesuai dengan cuaca dan penggunaan di Malaysia."

 

 

 

Azmi bukan orang lama dalam industri automotif. Beliau sudah berkhidmat di Renault sejak tahun 2003, dan kemudian beliau ke Hyundai dan jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengurus Besar di Subaru Malaysia.

Menurut Azmi, Horus ini ialah akibat rasa tidak puas hati beliau terhadap keadaan pasaran tempatan.

"Tak adil untuk orang bayar harga premium, tetapi produk dan kualiti tidak setimpal," terang Azmi sambil memberi contoh bahawa filem penghadang haba semuanya nampak sama, baik yang mahal atau yang murah.

"Cuaca di Malaysia panas terik untuk tempoh yang lama. Ada filem penghadang haba yang mampu menahan haba untuk beberapa jam, tetapi selepas itu ia "mengurung" haba tersebut di dalam kabin, menjadikan ruang itu umpama ketuhar."

"Satu lagi ialah kualiti penglihatan. Saya mempunyai masalah astigmatism yang teruk dan banyak filem penghadang haba yang premium tidak memberikan kualiti penglihatan yang jelas," sambungnya.

"Pada awalnya, saya mencari filem penghadang haba yang boleh menahan haba ketika panas, dan melepaskan haba itu bila cuaca semaking mendung. Saya juga mencari filem yang mempunyai "clarity" penglihatan yang tinggi. Akhirnya, saya rasa baik saya buat sendiri dan bermulalah Horus," ujar Azmi sambil tersenyum.

 

 

Produk Horus juga adalah lebih mudah untuk dipilih.

"Horus cuma ada satu tahap kualiti, tetapi tujuh tona kegelapan. Ini memudahkan pembeli untuk memilih. Cuma cari warna dan tona kegelapan yang sesuai," Azmi menunjukan tujuh tona yang ditawarkannya.

Bagaimana pula dengan masalah filem menjadi kuning selepas sekian lama? 

Azmi berkata masalah kuning itu sebenarnya adalah karat.

"Karat terjadi kerana filem penghadang haba itu menggunakan partikel logam. Logam memang adalah bahan yang baik untuk membiaskan haba.

Sayangnya, logam boleh berkarat selepas beberapa lama," jawab Azmi.

 

 

Azmi berkata produk filem penghadang haba Horus menggunakan seramik agar tidak ada masalah karat.

"Seramik mempunyai daya penghadang haba yang lebih baik dan ia juga tidak berkarat. Namun begitu, ia adalah bahan yang premium."

Nilai-nilai penting untuk Horus sebagai produk filem penghadang haba seperti kebolehan menolak cahaya ultra ungu (UVLR) dan infra merah (IRR) serta jumlah tenaga solar ditolak (TSER) juga samada sama atau lebih tinggi dari jenama premium yang menggunakan partikel logam.

Azmi mengambil keputusan untuk menjadikan Horus satu produk yang premium kerana beliau tahu ramai yang sanggup berbelanja tinggi untuk filem penghadang haba yang terbaik.

"Pelanggan saya tahu apa yang mereka mahukan. Mereka sudah pakai pelbagai jenama dari serata dunia dan mereka tahu kelebihan filem penghadang haba yang baik."

 

 

Azmi bagaimanapun tidak menolak kemungkinan yang Horus akan menghasilkan produk yang lebih mampu milik di masa akan datang.

Lebih dari 100 pelanggan hadir ke kedainya di Glenmarie setiap bulan dan itu adalah bukti kukuh kepercayaan pasaran terhadap jenama Horus.

Harga untuk pakej Horus bermula dari RM2,000 ke atas. Hubungi Horus di 012-2749586 atau lawati Facebook Horus.

Anda juga boleh melawati laman web Horus Asia untuk informasi lebih lanjut berkaitan jenama premium tempatan ini. Layari Horus Asia di www.horus-asia.com

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Garis panduan yang dihasilkan akan membantu pengguna untuk tidak terjebak dalam membeli produk…